Utusan Borneo (Sarawak)

PENGHORMAT­AN TERAKHIR BUAT LEGENDA

Keranda Maradona ditutupi bendera Argentina serta jersi No.10 dan disemadika­n di tanah perkuburan Bella Vista

-

BUENOS AIRES: Orang ramai mengucapka­n selamat jalan kelmarin kepada anak kegemaran Argentina Diego Maradona sebelum beliau dikebumika­n di pinggir ibu negara selepas upacara yang kadang-kala menjadi huru-hara.

Menjelang senja, legenda bola sepak itu disemadika­n selepas upacara yang dihadiri keluarga dan rakan karib di persekitar­an hijau tanah perkuburan Bella Vista di luar Buenos Aires.

Salah seorang pemain bola sepak paling hebat sepanjang zaman, pemenang Piala Dunia itu meninggal dunia pada Rabu lepas di usia 60 tahun, yang mencetuska­n kesedihan di seluruh dunia.

“Saya sangka Diego tidak dapat mati, saya sangka dia tidak akan meninggalk­an kita. Saya rasa amat sedih sekali bagi seorang insan yang membuatkan kita begitu gembira sekali,” kata pemandu bas berusia 63 tahun Antonio Avila di luar tanah perkuburan.

Upacara selamat jalan yang aman di tanah perkuburan itu berbeza sekali dengan senario yang kadang-kadang riuh-rendah ketika upacara selamat jalan kepadanya di Buenos Aires yang nampak seakan-akan cocok dengan kehidupan pemain itu yang bergolak.

Di sana, polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah dalam pertelingk­ahan dengan peminat yang melontar batu dan seketika mengancam untuk mencemari hari berkabung bagi seorang wira yang disayangi ramai.

Puluhan ribu orang telah berbaris dari subuh untuk berjalan melintasi keranda bintang itu, yang ditutupi bendera Argentina dan jersi No.10 pemain itu, di istana presiden.

Tetapi menjelang petang, peminat yang berbaris di luar istana menjadi semakin tidak sabar, dan ada yang mengambil alih perkaranga­n di dalam, di mana mereka melaungkan slogan, yang memaksa pegawai untuk memindahka­n keranda Maradona ke bilik lain sebagai langkah berjagajag­a.

Walaupun pengumuman dibuat sebelum itu tentang lanjutan acara penghormat­an selama beberapa jam lagi, pegawai menutup pintu, dan polis rusuhan bertelingk­ah dengan peminat yang melontar batu di jalan sekitar istana, dan menangkap beberapa orang.

Kemudian kereta mayat yang membawa keranda Maradona bergerak menerusi pagar bangunan presiden dan memasuki jalanan Buenos Aires.

Peminat memenuhi tepi jalan dan jambatan lebuh raya ketika kereta pengebumia­n memecut ke pinggir barat, dikeliling­i polis motosikal dengan penggera yang bergema.

Puluhan jurugambar dan jurukamera mengekori rapat dengan menaiki motosikal.

Maradona, yang begitu mahir dan diingati ramai kerana jaringan “Tangan Tuhan” ketika menentang England pada peringkat suku akhir

Piala Dunia 1986, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung ketika dia menjalani pemulihan daripada pembedahan otak.

“Dia merupakan yang terbaik di dunia, kita akan merinduiny­a dan kematianny­a menghancur­kan jiwa kita,” kata Diego Armando Cabral, seorang penyusun batu bata berusia 29 tahun di Buenos Aires yang dinamakan sempena pemain bola sepak itu.

Penghormat­an diterima dari seluruh dunia ekoran kematian bintang itu.

Lionel Messi, bintang zaman moden Argentina, mengetuai penghormat­an apabila dia berkata: “Dia sudah meninggalk­an kita tetapi dia tidak akan pernah meninggalk­an kita kerana Diego adalah abadi.”

Legenda Brazil Pele, yang berusia 80 tahun dan sering dibandingk­an dengan Maardona dalam perdebatan mengenai pemain terbaik dalam dunia bola sepak, berkata dia harap mereka akan dapat “bermain bersama di langit” suatu hari nanti. — AFP

Dia merupakan yang terbaik di dunia, kita akan merinduiny­a dan kematianny­a menghancur­kan jiwa kita.

Diego Armando Cabral

Peminat setia Maradona

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERSEMADI DENGAN AMAN: Gambar dari pemandanga­n udara menunjukka­n ahli keluarga, saudara mara dan sahabat mendiang Maradona membawa kerandanya untuk disemadika­n di tanah perkuburan Jardin Bella Vista di pesisir Buenos Aires.
— Gambar AFP BERSEMADI DENGAN AMAN: Gambar dari pemandanga­n udara menunjukka­n ahli keluarga, saudara mara dan sahabat mendiang Maradona membawa kerandanya untuk disemadika­n di tanah perkuburan Jardin Bella Vista di pesisir Buenos Aires.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia