Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA DITANGKAP, SEORANG DIBURU

Insiden ugutan jenayah dua peluru dihantar kepada seorang pegawai kastam.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Polis memberkas tiga lelaki tempatan kerana disyaki terlibat melakukan ugutan jenayah dengan menghantar dua butir peluru hidup kepada seorang pegawai kastam di sini, kelmarin.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, ketiga-tiga suspek berusia 35 hingga 39 tahun itu ditangkap sepasukan polis dari Unit Jenayah Berat (D9) Kontinjen Sarawak sebaik sahaja laporan polis dibuat.

Menurutnya, suspek bertindak sedemikian dipercayai ekoran satu operasi khas yang diketuai pegawai kastam terbabit di satu daerah di negeri ini pada awal bulan ini.

“Laporan daripada pegawai kastam terbabit memaklumka­n telah menerima satu bungkusan sampul surat mengandung­i dua butir peluru hidup berserta sekeping kertas bertulis ‘Got 2 bullets, one long one short, which one you want’ di rumahnya di Jalan Matang.

“Bertindak atas maklumat yang diperolehi, pasukan D9 Kontinjen Sarawak berjaya menahan ketiga-tiga suspek yang kini ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, dua daripada suspek terbabit mempunyai rekod jenayah lampau terlibat dengan dadah.

Sementara itu katanya, polis sedang menjejaki seorang lagi suspek disyaki perancang utama kes tersebut yang beralamatk­an dari Sibu.

“Suspek kini masih bebas dan amat dikehendak­i polis kerana dipercayai perancang utama kes ugutan ini,” kata Aidi.

Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek diminta untuk menghubung­i Pegawai Penyiasat Inspektor Ramle Husin menerusi talian 0138968963 atau mana-mana balai polis berhampira­n.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun,” katanya.

 ??  ?? SIASAT: Anggota polis berada di lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan.
SIASAT: Anggota polis berada di lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan.
 ??  ?? KANTOI: Rakaman CCTV menunjukka­n salah seorang suspek melontar sampul surat berisi peluru ke pekarangan rumah terbabit.
KANTOI: Rakaman CCTV menunjukka­n salah seorang suspek melontar sampul surat berisi peluru ke pekarangan rumah terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia