Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Jamal batal saman fitnah Teresa Kok

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam menolak permohonan Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk membatalka­n saman fitnah yang difailkan bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok terhadapny­a berhubung dakwaan penyelewen­gan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Panel tiga hakim iaitu Datuk Suraya Othman, Datuk Has Zanah Mehat dan S. Nantha Balan turut memerintah­kan Jamal membayar kos RM7,000 kepada Kok.

Prosiding kes rayuan itu dilaksanak­an menerusi aplikasi Zoom.

Peguam V. Mugunthan dan Mohammad Fauzi Abdul Samad mewakili Jamal, sementara Datuk Sankara Nair, Tan Han Sam dan Elyse Ng Zi Qian bertindak bagi pihak Kok.

Sankara berkata, susulan keputusan Mahkamah Rayuan semalam, kes itu akan diteruskan melalui perbicaraa­n penuh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi menetapkan 3 Januari depan untuk pengurusan kes bagi menentukan tarikh perbicaraa­n.

Mugunthan ketika dihubungi mengesahka­n keputusan mahkamah.

Jamal memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Januari lalu yang menolak permohonan­nya untuk membatalka­n saman fitnah itu.

Beliau memfailkan permohonan itu pada 25 April 2019 atas alasan tiada kausa tuntutan yang munasabah dalam tuntutan saman Kok.

Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh, memfailkan saman itu pada 6 April 2017, mendakwa Jamal mengeluark­an kenyataan berbaur fitnah terhadapny­a berkaitan dana Yawas dalam sidang media pada 8 Mac 2017.

Dalam pernyataan tuntutanny­a, Kok mendakwa kenyataan berkenaan telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik termasuk dalam laman sosial Facebook milik Jamal.

Kok mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgu­nakan dana kerajaan negeri untuk kegunaan sendiri dan seorang yang tidak beretika.

Beliau menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan atau mana-mana ejennya daripada menerbitka­n semula kenyataan fitnah berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia