Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang maut, pembonceng cedera motosikal kemalangan dengan kereta

-

MIRI: Seorang penunggang motosikal lelaki maut manakala pembonceng­nya patah kaki kanan selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bulatan Park di sini kira-kira jam 10.10 malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata mangsa, Ferguason Johnita, 21, dari Lorong 1-3 Jalan Baru Tudan Permyjaya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan lanjut di Hospital Miri.

“Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang wanita berusia 24 tahun dalam perjalanan dari arah bulatan Saberkas menuju ke arah Piasau dan apabila sampai di tempat kejadian telah membuat pusingan ‘U’ di jalan susur yang mana ia bukan tempat pusingan ‘U.’

“Pemandu kereta tidak menyedari ada sebuah motosikal datang dari belakang iaitu arah yang sama lalu terlanggar motosikal di bahagian pintu hadapan sebelah pemandu,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Alexson berkata akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

“Kemudian penunggang motosikal disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan lanjut dan pembonceng­nya seorang lelaki berusia 18 tahun patah kaki sebelah kanan, manakala pemandu kereta cedera ringan.

“Mayat mangsa kemudianny­a dibawa ke bilik mayat Hospital Miri untuk tindakan selanjutny­a dan pemandu kereta telah ditahan untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Menurut Alexson, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? TRAGIK: Keadaan lokasi kemalangan antara sebuah motosikal dan kereta sehingga mengakibat­kan penunggang motosikal tersebut meninggal dunia.
TRAGIK: Keadaan lokasi kemalangan antara sebuah motosikal dan kereta sehingga mengakibat­kan penunggang motosikal tersebut meninggal dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia