Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Tiada kes baharu semalam, Daerah Kuching bertukar Zon Kuning

-

KUCHING: Daerah Kuching bertukar status daripada Zon Jingga kepada Zon Kuning semalam selepas hanya 18 kes jangkitan tempatan COVID19 dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Daerah Lawas pula bertukar status dari Zon Kuning kepada Zon Hijau selepas tiada kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 dalam tempoh yang sama.

Manakala, Daerah Miri kekal berstatus Kuning dengan tiga kes jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Hari ini (semalam) tiada kes positif baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 di Sarawak kekal 1,062 kes.

“Terdapat tiga kes baharu yang telah pulih dan dibenar discaj dari hospital hari ini (semalam) kesemuanya dari Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya.

Dengan pertambaha­n tiga kes baharu pulih dan discaj ini, jumlah keseluruha­n kes yang telah pulih dan discaj meningkat kepada 1,018 orang atau 95.86 peratus.

JPBNS turut memaklumka­n jumlah kes yang masih menerima rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 25 orang (22 kes di HUS, dua kes di Hospital Sibu dan satu kes di Hospital Miri).

Semalam juga katanya, terdapat 17 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan dengan satu PUI masih menunggu keputusan ujian makmal.

Manakala, seramai individu di bawah pengawasan (PUS) baharu mendaftar masuk di hotel semalam untuk menjalani kuarantin.

Enam kluster masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas dengan kesemuanya di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia