Utusan Borneo (Sarawak)

Baru dakwa Belanjawan 2021 lulus kerana kekeliruan Ahli Parlimen pembangkan­g

-

KUCHING: Kekeliruan dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkan­g menyebabka­n Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Selangau Baru Bian.

Baru berkata, kekeliruan itu akibat arahan pada saatsaat akhir daripada whip pembangkan­g untuk tidak menyokong cadangan undian belah bahagi.

“Terdapat kekeliruan dalam kalangan pembangkan­g pada masa itu kerana arahan pada saat akhir daripada whip pembangkan­g. Sebab itu, saya percaya kurang daripada 15 Ahli Parlimen berdiri.

“Ahli Parlimen PKR dan DAP melihat pemimpin mereka sama ada mahu berdiri atau tidak. Saya melihat ada yang berdiri dan kemudian duduk semula kerana pemimpin mereka tidak berdiri untuk memilih undi belah bahagi,” ujarnya dalam kenyataan, semalam.

Baru berkata, undi belah bahagi memerlukan Ahli Parlimen yang menghadiri persidanga­n mengundi setiap seorang untuk direkodkan oleh pemimpin yang dilantik setiap blok.

Hasilnya kata beliau, akan diserahkan kepada Speaker untuk membuat keputusan.

“Pembangkan­g sepatutnya menyokong undi belah bahagi untuk menolak belanjawan ini yang tidak komprehens­if dan menolak kerajaan sedia ada yang bukan mendapat mandat daripada rakyat,” katanya.

Baru yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkata, malahan banyak kebimbanga­n yang disuarakan pembangkan­g tidak diambil kira dalam ucapan belanjawan berkenaan.

Bagaimanap­un kata beliau, isu utama dalam perkara itu bukan sama ada berjaya atau tidak menolak belanjawan berkenaan.

“Sebaliknya prinsip pengundian itu sendiri. Saya yakin pembangkan­g perlu mengundi untuk menolak belanjawan,” katanya.

Sidang Dewan Rakyat kelmarin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 (Peringkat Dasar) selepas mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen melalui undian suara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengumumka­n keputusan itu pada jam 3.28 petang.

Terdahulu, RUU itu dibentangk­an untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang kemudianny­a disokong semua Ahli Parlimen kerajaan.

 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia