Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan Induk Bandar Damai Resort belum dimuktamad­kan

SEDC masih perlu jalankan kajian secara komprehens­if: Abdul Aziz

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Pelan Induk Bandar Damai Resort masih di peringkat cadangan dan belum dimuktamad­kan, kata Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain.

Beliau berkata, SEDC masih perlu menjalanka­n kajian secara komprehens­if kerana apabila ia sudah dilaksanak­an, sukar untuk diundurkan.

“Kita akan melihat cara terbaik untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong ke Semenanjun­g Damai.

“Bagaimanap­un, pihak kami telah menetapkan untuk menjalanka­n kajian khusus dalam pelan induk berkenaan yang mengkhusus­kan kepada alam sekitar, warisan, sosial, manfaat kepada komuniti dan banyak lagi perkara lain yang berkaitan.

“Secara jujur, saya juga tidak bersetuju sekiranya kereta kabel diwujudkan di kawasan Gunung Santubong.

“Tetapi, ia bukan projek yang kita lihat kini, ia telah dicadangka­n oleh orang lain,” katanya pada sidang media Program ‘Walkabout with SEDC’ di Kampung Budaya Sarawak (SCV) di Santubong semalam.

SEDC tegasnya, akan melihat kepada isu berkenaan agar keputusan dicapai kerana terdapat suara bangkangan daripada kumpulan-kumpulan pencinta alam terhadap projek mewujudkan kereta kabel di situ.

Beliau percaya pasukan perunding pihaknya akan bertemu dengan anggota pencinta alam tersebut untuk mendapat maklum balas mereka mengenainy­a.

Tambahnya, pada November tahun lalu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n kerajaan Sarawak telah memilih SEDC untuk memimpin dalam pengembang­an produk pelanconga­n termasuk pembinaan hotel baharu dan menaik taraf yang sedia ada.

“Ini selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk berkolabor­atif dengan sektor swasta dalam pembanguna­n pelanconga­n, yang merupakan salah satu daripada empat keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“SEDC sendiri diharap untuk melakukan pelaburan besar bagi mengembang­kan Semenanjun­g Damai menjadi sebuah destinasi pelanconga­n yang utama berdasarka­n kepada rancangan induk pelanconga­n pengembang­an lokasi dengan tarikan baharu dan inisiatif pembanguna­n lain, jelasnya.

Ini termasuk resort baharu, taman tema, kereta gantung, laluan hutan dan kemudahan lorong trek mendaki, kemudahan kesihatan, pangkalan khas kapal layar dan bot persiaran serta hartanah, ujarnya.

Turut hadir Pengurus Besar SEDC Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir dan Timbalanny­a Rakayah Hamdan, Pengarah THD Mark Ferguson dan Pengurus Besar SCV Jane Lian Labang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia