Utusan Borneo (Sarawak)

Isnin harap Ahli Majlis Daerah terus proaktif

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Kewangan II, Datuk Isnin Aliasnih berharap 18 ahli Majlis Daerah Beaufort yang dilantik baru-baru ini dapat melaksanak­an tugas dengan baik.

Jelas beliau, adalah amat penting bagi setiap ahli majlis daerah bertindak proaktif selari dengan peredaran masa bagi memastikan segala perancanga­n yang dilakukan mencapai matlamat dan pada masa sama memberi manfaat kepada rakyat.

Justeru Isnin mengingatk­an supaya mereka sentiasa mendekati rakyat sebagai usaha memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada mereka sekaligus membuktika­n kepada masyarakat betapa komited mereka dengan tugas yang diamanahka­n.

“Selain usaha mendekati rakyat menerusi program turun padang, ahli majlis daerah juga harus memanfaatk­an kemudahan teknologi untuk berkomunik­asi bagi memastikan sebarang cadangan mahupun aduan dapat diatasi dengan segera dan sewajarnya, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaia­n Watikah Pelantikan Ahli Majlis Daerah sesi 2020/2022 yang diadakan di bilik mesyuarat Majlis Daerah Beaufort.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam dan Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun.

Dalam pada itu, Isnin yang juga ADUN Klias berharap gandingan muka baharu dan lama dalam barisan Ahli Majlis Daerah kali ini mampu membantu membawa Majlis Daerah Beaufort ke hadapan dengan lebih baik.

Beliau berharap gandingan mantap tersebut akan diterjemah­kan melalui tindakan dengan memfokuska­n terhadap usaha-usaha membangunk­an Beaufort ke tahap yang lebih baik termasuk menambahba­ik sistem penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat.

 ??  ?? SERAH: Isnin (tiga kiri) menyerahka­n watikah pelantikan kepada salah seorang ahli majlis daerah sempena majlis itu.
SERAH: Isnin (tiga kiri) menyerahka­n watikah pelantikan kepada salah seorang ahli majlis daerah sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia