Utusan Borneo (Sarawak)

Polis sedia bertindak lebih tegas tingkat pematuhan SOP di Lahad Datu

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Polis di sini bersedia bertindak lebih tegas untuk menguatkua­sakan pematuhan arahan kerajaan melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang akan dikenakan bagi penghuni di satu lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) iaitu di Kampung Sabah Baru.

“Pagi tadi (semalam) saya bermesyuar­at berkenaan dengan COVID-19 bersama anggota dan saya melihat kepada perkara ini, sesuatu perlu dilakukan,” katanya di Pusat Kuarantin Resiko Rendah, Taman PPR Sri Sapagaya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media mengenai langkah proaktif untuk membendung jangkitan COVID19 terutama berkaitan tahap pematuhan masyarakat di sini yang berada ditahap rendah.

Rohan menasihatk­an masyarakat di daerah ini mematuhi arahan rentas sempadan dan daerah serta sentiasa tingkatkan pengetahua­n terutama untuk mengutamak­an kebersihan dengan memperting­katkan amalan itu.

Katanya, untuk menjayakan matlamat kerajaan membantera­s rangkaian jangkitan COVID-19, polis akan bertindak dari segi penugasan dan pelaksanaa­n Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Kita akan cuba ikut nasihat Majlis Keselamata­n Negara dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan kalau ada kelemahan kita akan perbaiki dan pertingkat­kan,” katanya.

Rohan mengiringi Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencanamer­angkapPega­waiDaerah, Juraimin Jadil menerima sumbangan Tanggungja­wab Sosial Korporat Syarikat Kwantas Oil dan Kwantas Plantation yang menyumbang peti sejuk, mesin basuh, mesin air dan meja.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Juraimin (tiga dari kanan) dan Rohan menerima sumbangan CSR.
TERIMA KASIH: Juraimin (tiga dari kanan) dan Rohan menerima sumbangan CSR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia