Utusan Borneo (Sarawak)

GoBiz platform bantu pasarkan produk IKS Sabah

Aplikasi boleh dimuat turun menerusi Google Play atau Apple Store

- Oleh Siti Aisyah Naruddin

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian akan membangunk­an satu seksyen yang dinamakan GoBiz menerusi aplikasi GoNet sebagai platform memasarkan produk-produk industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini secara percuma.

Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi Google Play atau

Apple Store.

Menurutnya, produk mikro IKS dan hasil buatan tangan kini boleh diperoleh menerusi aplikasi berkenaan.

“Platform yang lengkap dengan sistem applikasi tempahan dan pembayaran ini bakal disiapkan pada penghujung bulan ini dan akan dilancarka­n tidak lama lagi.

“Kementeria­n juga akan terus berkolabor­asi dengan pihak swasta untuk mempromosi dan memasarkan produk-produk Sabah menerusi platform seperti Tamuku dan My Borneoshop,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (SEDCO) menerusi Sedcovest turut bekerjasam­a dengan sebuah syarikat pembangun aplikasi perniagaan atas talian dari Sabah.

Usaha itu katanya, bagi membantu memasarkan serta melaksanak­an transaksi produk-produk tempatan melalui platform maya yang berfungsi sama seperti Lazada dan Shopee.

“Melalui kolaborasi ini, sejumlah 2,000 usahawan di bawah SEDCO dijangka menggunaka­n platform berkenaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

“Kerajaan negeri juga dalam proses membangunk­an satu portal usahawan untuk menyenarai­kan kesemua usahawan di negeri Sabah dan portal berkenaan mempunyai maklumat-maklumat terperinci usahawan di Sabah.

“Portal ini akan dapat digunakan oleh semua kementeria­n dan agensi yang mempunyai program pembanguna­n usahawan,” jelasnya.

Menurutnya, apabila portal berkenaan siap dibangunka­n pada tahun hadapan, ia akan diletakkan di bawah kendalian kementeria­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia