Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN Tg Papat lancar program ‘Food Bank’ untuk golongan memerlukan

- Oleh: Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) TanjongPap­at,DatukFrank­ie Poon Ming Fung mengambil inisiatif melancarka­n program ‘Food Bank’ untuk golongan memerlukan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanap­un, beliau berkata inisiatif tersebut berbeza berbanding program seumpama yang pernah dilaksanak­an sebelum ini kerana penduduk Sim-Sim perlu ‘melakukan sesuatu atau bekerja’ untuk mendapatka­n makanan daripada ‘Food Bank’ Tanjong Papat.

“Menerusi program Food Bank itu, orang ramai perlu mengumpul sampah-sarap untuk digantikan dengan makanan. Satu plastik besar sampah bernilai RM5 dan boleh ditukarkan untuk mendapat beberapa jenis makanan.

“Terdapat 13 jenis makanan kering asas yang disediakan seperti beras, mi kering, sardin, minyak dan telur termasuk pelitup muka.

“Bagi membolehka­n lebih ramai orang mendapat manfaat, kita mengehadka­n setiap individu yang berumur 12 tahun ke atas untuk menggantik­an sampah kepada makanan hanya sekali dalam setiap hari.

“Cuba bayangkan sekiranya dalam sebuah keluarga itu terdapat empat orang dewasa, mereka hanya perlu mengutip empat plastik besar sampah dan boleh menukarkan­nya untuk mendapatka­n makanan yang bernilai RM20,” katanya kepada media.

Menurut beliau, program dua dalam satu itu bertujuan membantu meringanka­n beban penduduk Sim-Sim yang terjejas dari segi pendapatan dan pekerjaan berikutan penularan wabak COVID-19.

Dan, dalam masa yang sama, beliau berkata program itu juga adalah untuk memupuk semangat kesukarela­an serta sikap cintakan kebersihan dalam kalangan penduduk yang tinggal di atas air.

“Berikutan penularan COVID-19, ada penduduk yang dibuang kerja dan ada yang masih bekerja tetapi pendapatan tidak stabil. Namun pada akhirnya, mereka masih perlu makan dan meneruskan kehidupan.

“Sebagai wakil rakyat, saya perlu melakukan sesuatu untuk membantu mereka yang memerlukan. Dalam masa yang sama, kita melihat SimSim masih berdepan dengan isu sampah-sarap. Oleh itu, kita gabungkan dua tujuan ini dalam satu program dan berharap penduduk Sim-Sim akan memberi sokongan,” jelasnya.

Orang ramai boleh menghantar plastik berisi sampahsara­p di hadapan Lorong H,

Rancangan Rumah Murah Sim-Sim untuk mendapatka­n kupon dan seterusnya ke Pusat Jagaan Anglikan Sim-Sim di lorong yang sama untuk menggantik­an kupon kepada makanan.

Manakala, sampah-sarap yang dikumpul akan dibawa ke rumah sampah berhampira­n untuk dikutip oleh petugas kebersihan yang mana ketika ini jadual kutipan sampah di kawasan Sim-Sim adalah sebanyak tiga kali dalam seminggu.

Dalam pada itu, Frankie juga sedia bekerjasam­a dengan mana-mana pihak dan mengalu-alukan sekiranya terdapat pihak yang mahu membantu menyumbang­kan bekalan makanan di Food Bank tersebut.

Jelasnya, sekiranya lebih banyak bekalan makanan dapat disediakan, program Food Bank itu akan dapat dilaksanak­an untuk tempoh yang lebih panjang selain lebih ramai penduduk akan menerima manfaat.

“Kita juga ingin melahirkan penghargaa­n kepada Pusat Jagaan Anglikan Sim-Sim di Lorong H yang membenarka­n program Food Bank Tanjong papat beroperasi di pusat ini secara percuma,” jelasnya.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program Food Bank itu boleh menghubung­i hotline DAP Tanjong Papat di talian 012-8276715.

 ??  ?? LANCAR: Frankie (tiga, kiri) melancarka­n program‘Food Bank’dengan konsep menukarkan sampah kepada makanan di Sim-Sim, semalam.
LANCAR: Frankie (tiga, kiri) melancarka­n program‘Food Bank’dengan konsep menukarkan sampah kepada makanan di Sim-Sim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia