Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar basah akan dibuka di Telipok Ria sepanjang PKPD

- Oleh Vivi Olviana Najurus

TUARAN: Pasar basah akan dibuka di perumahan Telipok Ria yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) bermula 27 November sehingga 10 Disember depan.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superinten­dan Mohd Hamizi Halim berkata pusat perniagaan turut dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh terbabit.

“Dalamtempo­hPKPDpusat perniagaan yang ada di sekitar sini boleh dibuka bermula jam 6 pagi sehingga 6 petang.

“Kita juga akan sediakan pasar basah dua kali seminggu dan penduduk boleh mendapatka­n bekalan makanan basah termasuk ayam, daging serta sayur-sayuran yang dibuka seawal jam 6 pagi sehingga 2 petang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memantau pemasangan kawat duri di Telipok Ria di sini semalam.

Sementara itu, Komander Rejimen 507 Askar Wataniah Kolonel Al-Hambra Tun Juhar berkatapem­asangankaw­atduri kali ini membabitka­n keluasan sepanjang 1.2 kilometer di perumahan ini.

“Pemasangan dilaksanak­an Rejimen 502 Askar Wataniah, Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan kekuatan anggota keseluruha­n seramai 90 orang.

“Kita lihat kawasan Telipok Ria agak besar dengan mempunyai penduduk seramai kirakira 12,000 orang dan pasukan dibahagika­n kepada beberapa kumpulan,” katanya.

Menurutnya setakat ini pihaknya sudah terlibat dalam pemasangan kawat duri di beberapa daerah selain terlibat dengan penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) sejak mula pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar ibu negeri, Kota Belud, Keningau, Tambunan, serta pantai timur Sabah.

 ??  ?? TELITI: Hamizi dan Al-Hambra meneliti kawat duri yang dipasang di Telipok Ria.
TELITI: Hamizi dan Al-Hambra meneliti kawat duri yang dipasang di Telipok Ria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia