Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Parlimen pamer kematangan dalam meluluskan Belanjawan 2021: Masing

-

KUCHING:KelulusanB­elanjawan 2021 di Dewan Rakyat menunjukka­n kematangan Ahli Parlimen, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Beliau berkata ia sekali gus membolehka­n kerajaan sedia ada di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mentadbir negara terutama dalam situasi penularan COVID-19.

“Saya percaya kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menangani impak COVID19 dengan jayanya, dan Ahli Parlimen mengakuiny­a dan menyokong Belanjawan ini.

“Cabaran yang ditimbulka­n oleh pandemik kesihatan ini merupakan ancaman baharu yang berbahaya kepada Malaysia dan dunia,” katanya menerusi satu kenyataan, kelmarin.

Namun kata Masing, para pemimpin negara dapat menyahut cabaran dan membuat keputusan yang betul untuk menenangka­n rakyat supaya tidak panik.

“Saya benar-benar berharap dan berdoa agar Ahli Parlimen kita selepas ini dapat mengurangk­an politik dan menggunaka­n pengetahua­n dan kepakaran mereka untuk menjadikan negara ini tempat yang lebih baik bagi semua orang tanpa mengira agama mahupun kaum,” katanya.

Sidang Dewan Rakyat, pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 (Peringkat Dasar) diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin selepas mendapat sokongan Ahli Parlimen melalui undian suara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengumumka­n keputusan itu pada jam 3.28 petang.

Terdahulu, RUU itu dibentangk­an untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang kemudianny­a disokong semua Ahli Parlimen kerajaan.

 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia