Utusan Borneo (Sarawak)

Kaedah moden mampu tingkat pendapatan petani luar bandar

-

LONG ANAP, BARAM: Penduduk di Ulu Baram perlu beralih ke pertanian moden dan menggunaka­n teknologi canggih untuk menambah hasil keluaran seterusnya meningkatk­an sumber pendapatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, kerajaan negeri kini meluaskan pertanian menggunaka­n teknologi moden dan canggih untuk meningkatk­an keluaran produk di kawasan tersebut.

“Melalui penggunaan teknologi moden dan canggih, keluaran pertanian dapat ditingkatk­an seterusnya menjamin hasil yang lumayan.

“Ini amat penting bagi menggalakk­an generasi muda terutama yang mewarisi tanah daripada nenek moyang untuk mengusahak­an tanah itu dengan pelbagai tanaman komersial,” katanya berucap pada majlis Program Outreach Komuniti Pertanian (AgriCOP) 2020 di Long Anap, Ulu Baram baru-baru ini.

Lebih 150 peserta dari Long Anap, Long Palai, Long Julan dan Long Apu menyertai program tersebut yang bertujuan meningkatk­an pemahaman mereka terhadap pertanian kopi, getah dan sayur-sayuran secara moden.

Dennis berkata, sudah sampai masanya penduduk di luar bandar mengadapta­si teknologi moden dan canggih dan meninggalk­an kaedah pertanian lama.

“Selain itu, pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) boleh bekerjasam­a dengan syarikat yang boleh melabur dalam tanaman kopi, getah, durian atau tanaman lain dalam skala besar.

“Pertanian skala besar seperti ladang sawit dan getah ini akan membuka peluang ekonomi lain seperti kilang. Ini akan memudahkan petani tempatan di kawasan pedalaman memasarkan produk mereka,” kata Dennis.

Pada majlis itu, Dennis turut mengumumka­n akan menggantik­an bumbung gereja dan peruntukan RM10,000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Long Anap untuk membaiki jambatan kayu menuju ke sekolah.

Beliau turut mempertimb­ang peruntukan untuk projek pembanguna­n lain yang diminta ketua kampung.

Hadir sama Pegawai Jabatan Pertanian Miri Hafriz Razak, Kaunselor Peter Bit, Penolong Kontroler Lembaga Sungai Sarawak Leonard Luhat, Ketua Kampung Long Anap Anthony Belare Sagan dan ketua kampung dari Long Palai, Long Julan dan Long Apu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia