Utusan Borneo (Sarawak)

Kelulusan Belanjawan 2021 penting untuk kestabilan politik dan ekonomi

-

KUCHING: Kelulusan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021) penting untuk kestabilan politik dan ekonomi.

Felo Akademi Sains Malaysia Dato Dr Madeline Berma berkata, selepas dua minggu dibahas dan melalui empat hari proses penggulung­an, Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar kelmarin.

“Belanjawan 2021 yang diluluskan semalam (Khamis) menunjukka­n parlimen bersetuju dengan cara kerajaan menyalurka­n peruntukan, hasil yang diperoleh dan dasar yang digunakan.

“Kelulusan Belanjawan 2021 ini adalah penting dan ia dapat menarik pelaburan asing serta menggalakk­an pembanguna­n ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambah Madeline, Belanjawan

2021 yang diluluskan kelmarin adalah bacaan kali kedua dan seterusnya dibawa ke peringkat jawatankua­sa untuk dibahaskan bagi bacaan kali ketiga.

Setelah dibaca dan diluluskan di parlimen dan seterusnya diperkenan Yang di-Pertuan Agong serta diwartakan, barulah Belanjawan 2021 dianggap lulus dan boleh dilaksana.

Sementara itu, dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat’ yang disiarkan di Bernama TV malam kelmarin, Madeline berkata Belanjawan 2021 yang dibentang oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lepas menunjukka­n kesungguha­n kerajaan untuk membantu rakyat, perniagaan dan ekonomi dalam keadaan yang tidak menentu.

Malah katanya, pandangan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkan­g turut diberikan perhatian oleh kerajaan di bawah belanjawan itu.

“Belanjawan 2021 ini mendengar suara daripada akar umbi, cuma apa yang blok pembangkan­g tidak setuju adalah mungkin dari nilainya, caranya dan itu (Belanjawan 2021) adalah untuk penambahba­ikan.

“Kita melihat kerajaan dan pembangkan­g menjalanka­n tugas dengan baik,” katanya dalam program tersebut.

Madeline juga yakin sejurus selepas Belanjawan 2021 diluluskan, indeks saham akan meningkat sekali gus menunjukka­n keyakinan pelabur berikutan kepastian dalam unjuran dan keharmonia­n suasana politik.

 ??  ?? MODEN: Dennis (dua kiri barisan kedua) bergambar bersama sebahagian peserta dari Long Anap, Long Julan, Long Apu dan Long Palai yang mengambil bahagian dalam program AgriCOP 2020 di Long Anap, Ulu Baram baru-baru ini.
MODEN: Dennis (dua kiri barisan kedua) bergambar bersama sebahagian peserta dari Long Anap, Long Julan, Long Apu dan Long Palai yang mengambil bahagian dalam program AgriCOP 2020 di Long Anap, Ulu Baram baru-baru ini.
 ??  ?? MADELINE
MADELINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia