Utusan Borneo (Sarawak)

Iltizam manfaat sebaiknya pengeluara­n wang i-Sinar

B40 hargai usaha kerajaan bantu rakyat terjejas COVID-19

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Rata-rata penduduk di sini khususnya golongan B40 meluahkan iltizam akan memanfaatk­an sebaiknya wang daripada pengeluara­n Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi Program i-Sinar.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) di Dewan Rakyat kelmarin mengumumka­n program itu kini dibuka dan diperluask­an kepada kesemua ahli KWSP dengan jumlah pengeluara­n maksimum RM10,000.

Mereka turut melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan atas kebenaran tersebut bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID19.

Bagi Maxwell Layong, 34, pengumuman tersebut adalah sesuatu berita yang amat menggembir­akan bagi dirinya.

Bekerja di sektor swasta katanya, sudah pasti COVID-19 memberikan kesan kepadanya dari segi gaji dan sebagainya.

“Syukurlah, boleh pakai bayar hutang. Dengan RM10,000 itu cukup rasanya dan jika ada lebih boleh kita laburkan dalam amanah saham.

“Saya amat terharu dengan langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kebenaran untuk mengeluark­an RM10,000 dari Akaun 1 KWSP kami.

“Walaupun sebelum ini, kami telah membuat pengeluara­n bagi Akaun 2 KWSP menerusi Program i-Lestari sebanyak RM6,000, ia akan mengukuhka­n lagi kewangan kami terutamany­a dari B40 pada masa sukar ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Maxwell memberitah­u beliau akan membuat pengeluara­n tersebut dan akan menggunaka­n wang itu sebaik mungkin agar ia boleh memberi manfaat dalam jangka masa panjang.

“Bagi saya, langkah kerajaan ini sangat tepat pada masanya. Saya berjanji akan menggunaka­n wang ini dengan sebaik mungkin untuk keluarga,” tambahnya lagi.

Jusre Hassan, 39, turut gembira dengan berita tersebut dan menyifatka­n tindakan kerajaan itu adalah ‘penyelamat’ rakyat.

Jelasnya, pada saat-saat

Saya amat terharu dengan langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kebenaran untuk mengeluark­an RM10,000 dari Akaun 1

KWSP kami.

Maxwell Layong

Pekerja swasta

sukar sebegini kerajaan telah mempelbaga­ikan bantuan yang memberi keutamaan untuk menangani masalah yang dihadapi rakyat.

“RM10,000 itu adalah satu jumlah yang banyak dan kegunaanny­a juga banyak bagi golongan yang terkesan.

“Misalnya, kita boleh bayar hutang-hutang tertunggak seperti membayar pinjaman kereta, motosikal dan sebagainya. Lebih manis lagi bila ianya digunakan untuk melangsaik­an semua pinjaman-pinjaman bank yang berbaki RM10,000 atau kurang.

“Selain itu juga, ia boleh dibuat perbelanja­an untuk disimpan bagi kegunaan pada masa akan datang.

“Banyaklah manfaatnya inisiatif tersebut. Saya berhasrat akan menggunaka­n wang tersebut dengan sebaik mungkin iaitu menggunaka­nnya untuk perlu sahaja,” kata Jusre yang bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat minyak terkemuka di sini.

Yew Ngee Hie, 25, pula menyifatka­n program tersebut sebagai langkah terbaik kerajaan dalam menangani masalah yang dihadapi rakyat ketika ini.

Menurutnya, memandangk­an sekarang ramai orang kehilangan pekerjaan, dipotong gaji akibat pengecilan operasi syarikat, diarahkan cuti tanpa gaji dan sebagainya, bantuan sedemikian sedikit sebanyak dapat membantu kepada golongan terkesan itu.

“Memang langkah kerajaan PN ini adalah sangat bertepatan dan wajar dipuji. Boleh dikatakan ia adalah satu inisiatif yang bijak selain menyalurka­n bantuanban­tuan lain kepada B40.

“Sayaakanme­nggunakand­engan sebaik mungkin RM10,000 itu kelak untuk manfaat diri sendiri serta akan membelanja­kannya mengikut keutamaan sahaja.

“Namun saya berhasrat untuk menyimpann­ya di Amanah Saham Nasional (ASN) bagi mendapatka­n lebih banyak lagi faedahnya untuk kegunaan pada masa hadapan,” jelas Yew yang merupakan kerani di sebuah syarikat pengeluara­n buku di sini.

 ??  ?? JUSRE
JUSRE
 ??  ?? MAXWELL
MAXWELL
 ??  ?? YEW
YEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia