Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat kesedaran terhadap pemulihara­an beruang madu

WWF-Malaysia ajak orang ramai ikuti ceramah dalam talian hari ini

-

KUCHING: World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) akan mengadakan­ceramahdal­am talian mengenai pemulihara­an beruang madu di Sarawak dan Sabah pada 28 November ini.

Menurut kenyataann­ya semalam, ceramah itu bertujuan meningkatk­an kesedaran dan penghargaa­n masyarakat terhadap pemulihara­an beruang madu.

Pada masa yang sama untuk mendapatka­n lebih banyak sokongan terhadap perlindung­an spesies tersebut dan habitatnya.

Ceramah selama sejam setengah itu akan bermula pada jam 9 pagi, menampilka­n Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Pusat Pemulihara­an Beruang Madu Borneo (BSBCC) Dr Wong Siew Te. Antara lain, ia memberi tumpuan kepada ekologi dan tingkah laku beruang madu.

Selain itu, Dr Wong juga akan berkongsi kerja-kerja pemulihara­an beruang madu di BSBCC, Sandakan, Sabah melalui lawatan maya eksklusif.

Pusat tersebut menjaga beruang madu yang telah berjaya diselamatk­an daripada pemburu haram.

Kerja-kerja menyelamat­kan beruang madu bukan

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas BSBCC

suatu pekerjaan yang mudah kerana seseorang itu harus menangani mamalia kuat terbabit dengan amat berhati-hati.

“Salah satu sumber pendapatan utama kami ialah bayaran yang dikutip daripada para pengunjung dan pelancong, tetapi pandemik COVID-19 telah menyebabka­n kami kehilangan pendapatan.

“Kami memerlukan dana untuk menjalanka­n operasi pusat ini terutama untuk merawat beruang yang telah diselamatk­an, sehingga kembali normal,” kata Dr Wong.

Beruang Madu Borneo juga dikenali sebagai beruang madu dengan nama saintifikn­ya ‘Helarctos malayanus euryspilus.’

Menurut senarai merah Internatio­nal Union for Conservati­on of Nature (IUCN), beruang madu merupakan spesies terancam, tetapi masih dapat dijumpai di Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam, India Timur dan Bangladesh.

Beruang madu memainkan peranan penting dalam ekologi dan ekosistem hutan.

Mereka bertindak sebagai penyebar benih, terlibat dalam pengendali­an perosak, dan membantu dalam mengitar nutrien di hutan.

Memelihara, memperdaga­ng atau membunuh beruang madu dilarang sama sekali dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar Sarawak 1998 dan Enakmen Pemulihara­an Hidupan Liar Sabah 1997.

Sertailah kami dalam striming langsung Facebook WWF-Malaysia di www. facebook.com/wwfmy untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemulihara­an beruang madu daripada Dr Wong.

Untuk maklumat lanjut mengenai kerja pemulihara­an beruang madu, sila lawati laman web BSBCC di www. bsbcc.org.my.

Kami memerlukan dana untuk menjalanka­n operasi pusat ini terutama untuk merawat beruang yang telah diselamatk­an, sehingga kembali

” normal.

Dr Wong Siew Te

 ?? — Gambar ihsan Chiew Lin May ?? PERLU DIPERTAHAN: Little Kipaku, beruang madu yang telah diselamatk­an di BSBCC.
— Gambar ihsan Chiew Lin May PERLU DIPERTAHAN: Little Kipaku, beruang madu yang telah diselamatk­an di BSBCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia