Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka Miri bantu artis dapat pendedahan awam

-

MIRI: Pustaka Negeri Sarawak Miri (Pustaka Miri) berusaha sedaya-upaya untuk membantu artis tempatan Sarawak mendapatka­n lebih banyak pendedahan daripada orang awam terhadap seni mereka dan mengekalka­n semangat terhadap hasil seni tempatan.

Pustaka dalam kenyataan medianya berkata, kesenian dihasilkan adalah unik dan berharga untuk Sarawak kerana setiap lukisan, sama ada realistik atau abstrak, membawa pelbagai unsurunsur budaya Sarawak.

“Lukisan-lukisan ini adalah hasil yang tidak ternilai dan cara untuk memelihara­nya adalah dengan mendokumen­tasikan budaya dan tradisi.

“Selain itu memupuk kecintaan terhadap seni dan ekspresi diri dalam kalangan masyarakat setempat,” jelas kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Pustaka juga telah berusaha untuk mendokumen­kan seni tempatan secara bertulis.

Dalam Siri Sarawakian­a, dua buku yang memberi tumpuan kepada artis-artis tempatan Sarawak adalah buku ‘Tan Wei KhengDisco­ver Sarawak’ dan ‘Culture and HeritageSe­lected Sarawak Artists Artworks.’

“Memaparkan seni ini adalah salah satu cara untuk memberi inspirasi dan memberi peluang kepada mereka untuk pamer hasil mereka di perpustaka­an, dan mungkin suatu hari nanti, di seluruh dunia,” katanya.

Noel Belulok adalah salah seorang artis batik yang dikenali di Miri dan karyakarya­nya boleh didapati di kebanyakan sudut Pustaka Miri dari koridor ke galeri multimedia.

Dengan menggunaka­n kaedah tradisiona­l, antara karya seni beliau ialah lukisan flora dan fauna tempatan, lukisan vendor di pasar basah Miri, dan lukisan khusus memfokuska­n bangunan Pustaka Miri.

Manakala, potret hasil karya Tan Wei Kheng memberi tumpuan kepada warga tua suku kaum Sarawak.

Melalui butirannya yang teliti, Tan Wei Kheng menyampaik­an keindahan budaya Sarawak dengan mendalam hasil seninya yang halus.

Melalui potret, artis dapat mendokumen­tasikan budaya mereka dengan menggambar­kan perhiasan, seni tubuh, kain dan sebagainya dalam reka bentuk yang megah dan menakjubka­n.

Pustaka juga mempunyai pelbagai koleksi lukisan artis tempatan yang dikenali ramai iaitu Awangko Hamdan Awang Arshad, Bladae Lasem, Chai Fook Vui, Hendrick Nicholas, Ismail Taril, Lam Siong Onn, Lee Hock Kia, Magdalene Tai, Michael Chong Voon Kong, Mordiana Koliew, Musdi Shanat, Muton Kais@Melton, Petrus Alfred Paul, Raphael Scott Ahbeng, Sim Chiap Hin dan Sylvester Wielding Jussem.

 ??  ?? MENARIK: Lukisan batik daripada Noel Belulok yang dipamerkan di Pustaka Miri.
MENARIK: Lukisan batik daripada Noel Belulok yang dipamerkan di Pustaka Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia