Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan Pusat Penyelidik­an Penyakit Berjangkit tepat pada masanya: Dr Hazland

-

KUCHING: Pembinaan Pusat Penyelidik­an Penyakit Berjangkit di Kota Samarahan seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tepat pada masanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Hipni berkata, pembinaann­ya dengan kos RM190 juta bukan sahaja akan menjadikan Sarawak sebagai Pusat Penyelidik­an Penyakit Berjangkit utama di Asia Tenggara.

Malah kata Dr Hazland, ia akan menjadi penyumbang kepada kesihatan sejagat dalam mencari penawar dan vaksin bagi penyakit berjangkit yang masih belum mempunyai vaksin.

“Penularan pandemik COVID-19 menyebabka­n banyak negara maju di dunia berusaha mencari dan menghasilk­an vaksin yang mana sehingga kini masih lagi dalam proses ujian dan belum dikomersia­lkan.

“Keadaan ini mendorong kerajaan Sarawak untuk terlibat dalam aktiviti penyelidik­an penyakit berjangkit berdasarka­n kepada kemampuan dan sumber yang ada di negeri ini,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Dr Hazland, hutan tropika Sarawak mempunyai banyak sumber asli semula jadi yang boleh diterokai dan diperkemba­ngkan potensinya untuk menghasilk­an vaksin kepada penyakit berjangkit.

Pelbagai spesies tumbuhtumb­uhan yang mempunyai khasiat tinggi dipercayai ada di hutan tropika Sarawak dan pernah digunakan dalam perubatan tradisiona­l yang boleh diterokai dan diperkemba­ngkan penggunaan­nya.

Malah katanya, dianggarka­n lebih 2,000 spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi telah dikenal pasti mempunyai nilai perubatan dan berpotensi untuk dikomersia­lkan.

“Pusat penyelidik­an ini juga dijangka akan menjadi platform terbaik bagi mengembang­kan hasil penyelidik­an saintis tempatan.

“Bersandark­an kepada teknologi terkini dan disokong dengan pengetahua­n dan sumber asli yang banyak, Sarawak mampu menjadi pengeluar vaksin penyakit berjangkit terkemuka dunia dan diiktiraf antarabang­sa,” katanya.

Lebih utama kata Dr Hazland, penghasila­n vaksin ini akan memberi kelebihan kepada rakyat Sarawak dari segi harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

 ??  ?? DR HAZLAND
DR HAZLAND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia