Utusan Borneo (Sarawak)

Pelobi kerusi DUN Pakan berjuang untuk tingkat sosioekono­mi rakyat

-

SARIKEI: Pelobi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan Edwin Bandang berkata, perjuangan beliau adalah untuk memastikan kawasan itu menikmati lebih banyak pembanguna­n untuk meningkatk­an sosioekono­mi penduduk.

Menurutnya, ini penting agar penduduk DUN Pakan yang terletak di luar bandar dapat hidup dalam keadaan lebih selesa dan merapatkan jurang pembanguna­n dengan kawasan bandar.

“Perjuangan politik saya sejak dahulu lagi tidak pernah menentang kesatuan politik kerajaan Sarawak dan Malaysia.

“Sekiranya tidak dicalonkan saya tetap akan menyokong perjuangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan membantu sesiapa sahaja individu berkelayak­an yang dicalonkan GPS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Ini adalah demi kepentinga­n bersama parti komponen Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis bersama rakyat di Rumah Jantan, Tebok di

Pakan, kelmarin.

Pada masa sama, Edwin berkata, kepimpinan parti GPS perlu meneliti dengan baik untuk menentukan calon di DUN Pakan pada PRN kelak.

Terdahulu, Tuai Rumah Jantan dalam ucapannya berharap Edwin dipilih sebagai calon di DUN Pakan pada PRN nanti.

“Berdasarka­n beberapa siri kunjungan beliau dalam mendekati rakyat akar umbi, kita dapat lihat dengan jelas kesungguha­n dan perjuangan politik matang beliau.

“Beliau adalah seorang yang suka merendah diri, sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia menerima pendapat orang lain.

“Kepimpinan seperti inilah yang kita harapkan untuk seorang wakil rakyat dan sikap toleransi beliau memudahkan rakyat di peringkat akar umbi berinterak­si dengannya,” kata Jantan.

Sementara itu, Kaunselor Jimbun Radin berkata, GPS Pakan sebulat suara mahu Edwin dicalonkan pada kali ini dan berharap penduduk menyokong resolusi mereka itu.

Beliau yang juga Pengerusi PBB Pakan turut berkata, semua pihak yang ingin membentuk sebuah parti kerajaan perlu bersatu dan kukuh.

“Oleh itu, suara di peringkat akar umbi amat penting untuk pihak kepimpinan parti bagi menilai dan meletakkan calon yang berpotensi untuk dipertandi­ngkan di kerusi DUN ini nanti.

“Kita berharap suara rakyat di peringkat akar umbi dapat dipertimba­ngkan dalam situasi ini demi untuk kebaikan semua pihak,” tegas Jimbun lagi.

Sekitar 60 penduduk setempat menghadiri program tersebut.

 ??  ?? ERAT IKATAN: Edwin bersama masyarakat merakamkan kenangan pada majlis di Rumah Jantan, Tebok di Pakan, kelmarin.
ERAT IKATAN: Edwin bersama masyarakat merakamkan kenangan pada majlis di Rumah Jantan, Tebok di Pakan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia