Utusan Borneo (Sarawak)

STM Singapura kejar masa, satu pasport selamatkan satu pekerjaan

- Oleh Massita Ahmad

BARISAN yang ‘agak luar biasa’ panjangnya di pekarangan Suruhanjay­a Tinggi Malaysia (STM) yang terletak di Jervois Rd di Singapura, sudah menjadi lumrah sejak Oktober lepas.

Gambar yang memaparkan pemandanga­n itu turut dikongsi di laman sosial dan Bernama diberi peluang oleh STM untuk memahami di sebalik situasi yang berlaku.

Mereka yang beratur itu adalah sebilangan daripada rakyat Malaysia yang berada di Republik ini dan dipanggil bagi menuntut dokumen perjalanan atau pasport mereka yang sudah diperbahar­ui.

Langkah ketat penutupan sempadan memberi kesan kerana mereka tidak dapat pulang bagi tujuan memperbaha­rui pasport dan tumpuan kini beralih hampir sepenuhnya ke Seksyen Imigresen di STM.

Barisan yang panjang itu bukanlah akibat daripada sistem yang tergendala walaupun keupayaan seksyen tersebut adalah hanya satu pertiga keupayaan UTC. Terdapat lapan petugas serta dua mesin pencetak dengan kadar normal memproses kira-kira 120 pasport sehari.

Bayangkan, lapan petugas yang sama, perlu bekerja 12 jam sehari tanpa henti bagi memproses permohonan yang makin meningkat terutama selepas circuit breaker, langkah kekang wabak COVID-19, yang berakhir 1 Jun lalu.

Sudah tentunya, akan wujud tekanan kerja dan bagi mengatasi keadaan itu serta menampung permintaan yang tinggi itu, empat petugas UTC Imigresen yang mahir mengendali­kan jumlah permohonan yang amat tinggi, di ‘import’ dari Malaysia. Mereka akan berkhidmat selama tiga bulan di Seksyen Imigresen STM sehingga bulan Disember nanti.

Bernama difahamkan, dalam tempoh dua minggu sahaja, Seksyen Imigresen itu mampu meningkatk­an serahan pasport sebanyak 400 hingga 800 sehari. Untuk bulan Oktober sahaja, sebanyak 10,000 serahan berjaya dilaksanak­an.

Selain menggerakk­an empat petugas UTC itu, sebanyak 75 peratus kerja percetakan pasport dilakukan di Jabatan Imigresen Johor (dengan penghantar­an dua kali seminggu.

Walaupun 75 peratus kerja percetakan pasport dilakukan di Jabatan Imigresen Johor, serahan tetap dilakukan di STM.

Bagi janji temu serahan, petugas Kastam Johor di‘pinjam’ bagi menetapkan tarikh yang perlu dilakukan secara manual iaitu melalui e-mel, ketika waktu bekerja, dan petugas pentadbira­n

STM juga ‘dipinjam’ bagi menyambung tugas tersebut, di luar waktu bekerja.

Kaedah manual terpaksa dilakukan kerana ketiadaan sistem janji temu dalam talian (STO) seperti di Malaysia yang memudahkan orang ramai memilih tarikh sendiri.

Setakat awal November, terdapat kira-kira 90,000 e-mel tertunggak yang perlu dijawab satu persatu agar tiada yang tercicir walaupun ia satu ‘kebiasaan’, seorang pemohon akan menghantar lebih daripada satu e-mel.

Kapasiti e-mel seksyen Imigresen juga ditingkatk­an bagi menerima ratusan ribu e-mel, selain memanjangk­an waktu operasi bagi mempercepa­tkan serahan sebaik circuit breaker berakhir.

Namun permohonan pembaharua­n masih kekal dalam talian sehingga kini seiring dengan langkah penjarakan selamat yang dianjurkan kerajaan tuan rumah.

Sementara itu, tunggakan dalam talian sejak September meningkat sebanyak 29,000, bagaimanap­un, Seksyen Imigresen STM yakin dapat menyelesai­kannya hujung tahun ini.

Mengulas situasi ini, Pemangku Pesuruhjay­a Tinggi, Muhammad Radzi Jamaludin berkata kesan COVID-19 menuntut proses kerja yang baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini termasuk di Malaysia.

“Walaupun barisan panjang, semua yang beratur itu akhirnya akan selesai juga masalah mereka. Pihak Imigresen berusaha untuk memastikan serahan dibuat selari dengan tamat tempoh permit kerja, bagi memastikan pekerjaan tidak terjejas. Satu pasport, satu pekerjaan, seorang pencari nafkah, satu keluarga kita dapat jaga.

“Jika kadar serahan dikekalkan pada kadar normal 120 sehari sudah pasti barisan tidaklah panjang tetapi puluhan ribu orang akan hilang pekerjaan termasuk PR (penduduk tetap),” katanya.

“Kami melakukan sesuatu yang mustahil sekarang. Beginilah keadaannny­a setiap hari. Purata serahan paling tinggi di UTC pun adalah 400 sehari dan kebiasaann­ya pada hujung tahun. Tetapi di sini, kami lakukan 800 sehari dengan hanya sepertiga petugas, satu syif dan mesin pencetak pun, pun tak sampai suku jumlah yang ada di UTC, “kata Muhammad Radzi.

Menurut beliau, bagi 10 bulan pertama tahun ini, jumlah serahan pasport mencecah 50,000, dua kali ganda serahan daripada keseluruha­n tahun lepas iaitu 24,000.

Beliau turut melahirkan rasa kesal apabila kira-kira 1,500 pemohon tidak muncul pada tarikh janji temu untuk menuntut pasport mereka. Jika tidak dituntut, mereka berhadapan dengan risiko pasport akan dilupuskan selepas tiga bulan seperti juga kad pengenalan.

“Bukan mudah nak atur janji temu dan ini banyak mengambil masa. Kami perlu susun ikut peruntukan masa dan mengikut abjad daripada ribuan pasport. Jika anda tidak hadir, anda merosakkan peluang orang lain.

“Kami perlu memastikan semuanya ini berjalan seperti yang dijadualka­n. Sekiranya kami tak mengawal keadaan, tak mungkin kami dapat menyiapkan permohonan yang banyak itu, “tambah beliau.

STM juga berhadapan cabaran bagi memastikan “kunjungan luar biasa” ke kompleks suruhanjay­a itu tidak menjejaska­n pematuhan penjarakan fizikal.

“Kami sudah pun diberi peringatan oleh pihak berkuasa tempatan kerana menerima rungutan daripada jiran sekitar.

“Kami tidak boleh mengurangk­an kadar serahan walaupun kepada 300 sehari untuk memendekka­n barisan. Jika kami lakukan.. ramai yang akan kehilangan pekerjaan.”

Sepanjang tinjauan sejam di kompleks berkenaan, Bernama sempat memantau kadar penyerahan pasport di empat kaunter serahan yang hanya mengambil masa kurang seminit selepas angka giliran dipanggil. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia