Utusan Borneo (Sarawak)

Bernama perkukuh kolaborati­f dengan Majlis Profesor, tingkat pemahaman rakyat: Ras Adiba

-

PERTUBUHAN Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan memperkuku­h kolaborati­f dengan Majlis Profesor Negara (MPN) dalam usaha meningkatk­an pemahaman masyarakat umum mengenai isu tertentu.

Pengerusi Bernama Senator Ras Adiba Radzi berkata kepakaran dan juga pandangan cendekiawa­n negara itu diperlukan, terutamany­a dalam mengupas isu teknikal, dan Bernama bersedia menyediaka­n platform untuk mereka.

Beliau berkata usaha itu juga dapat merapatkan jurang selain memberikan masyarakat akses langsung kepada kepakaran profesor.

“Bernama akan terus berkolabor­atif dengan barisan profesor tersohor negara dan kita akan memastikan yang mereka ini accessible kepada rakyat.

“Mereka adalah cendekiawa­n kita semua dan daripada merekalah kita boleh belajar dan memahami agar bangsa kita lebih berjaya,” katanya selepas menjadi tetamu dalam Program Minda Profesor Negara anjuran MPN di Kajang, semalam.

Itu adalah penampilan umum pertama Ras Adiba sebagai Pengerusi Bernama selepas dilantik memegang jawatan tersebut berkuat kuasa Isnin lepas (23 November).

Sementara itu, Presiden yang juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof Datuk Dr Raduan Che

Rose berkata profesor adalah ‘public intellectu­al’ yang bersedia memberi khidmat kepakaran mereka kepada masyarakat.

Beliau berkata mereka terhutang budi kepada negara dan juga masyarakat kerana kebanyakan profesor dibiayai oleh kerajaan untuk menjadi pakar dalam bidang masingmasi­ng.

“...yang penting platform itu kena ada. (Kerjasama dengan) Bernama memang kita dah ada program-program sebelum ini, tetapi kerjasama ini akan lebih bermakna dengan kerjasama dan sokongan pengerusi baharu.

“Kita boleh aturkan bagaimana kepakaran profesor ini kita boleh ketengahka­n dan kita cari program yang boleh kita berkongsi dengan masyarakat,” katanya.

Terdahulu pada program bertajuk ‘Bernama dan Masa Depan Media Massa di Malaysia’ itu, Ras Adiba menerangka­n antara misi utamanya selaku Pengerusi Bernama ialah memastikan setiap platform yang disediakan agensi berita tersebut mesra golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Katanya penyampaia­n maklumat seperti pembuatan poster perlu mengambil kira pelbagai aspek untuk membantu golongan itu supaya tidak ketinggala­n dalam mendapatka­n maklumat sama dengan orang lain.

Sebagai contoh, beliau berkata masyarakat bukan OKU lebih mudah memahami maklumat daripada poster berbanding OKU yang perlu mengambil masa untuk memahami mesej yang cuba disampaika­n.

“Oleh itu, kita kena pastikan poster kita perlu buat satu untuk bukan OKU dan satu mesra OKU. Untuk OKU biasanya logo dan fon (huruf) perlu besar dan warna juga mainkan peranan.

“Saya nak orang tahu bahawa Bernama ini satu agensi yang mesra dan ramah OKU. Kita tidak discrimina­te, saya nak pastikan sahabat OKU kita duduk di depan TV dan dengar radio mereka juga akan dapat informasi. Bernama untuk semua,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKOLABOR­ATIF: Ras Adiba (kanan) bercakap dengan hos Program Minda Profesor Negara: Bernama dan Masa Depan Media Sosial di Malaysia Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Kartini Aboo Talib @ Khalid pada program tersebut.
— Gambar Bernama BERKOLABOR­ATIF: Ras Adiba (kanan) bercakap dengan hos Program Minda Profesor Negara: Bernama dan Masa Depan Media Sosial di Malaysia Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Kartini Aboo Talib @ Khalid pada program tersebut.
 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Ras Adiba (kanan) berbincang dengan Raduan pada Program Minda Profesor Negara: Bernama dan Masa Depan Media Sosial di Malaysia yang diadakan di MPN Kajang dekat Kajang, semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Ras Adiba (kanan) berbincang dengan Raduan pada Program Minda Profesor Negara: Bernama dan Masa Depan Media Sosial di Malaysia yang diadakan di MPN Kajang dekat Kajang, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERAKSI: Ras Adiba ketika Program Minda Profesor Negara:Bernama dan Masa Depan Media Sosial di Malaysia.
— Gambar Bernama BERAKSI: Ras Adiba ketika Program Minda Profesor Negara:Bernama dan Masa Depan Media Sosial di Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia