Utusan Borneo (Sarawak)

Belanjawan 2021: Kenaikan kadar bantuan golongan rentan bukti kerajaan prihatin

-

KUALALUMPU­R:Kenaikan kadar bantuan antara 10 hingga 30 peratus untuk golongan rentan dalam Belanjawan 2021, menunjukka­n kerajaan menitikber­atkan kelestaria­n bantuan kewangan kepada golongan sasar berkenaan.

Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Azali Mohamed berkata, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) yang diluluskan di peringkat dasar semalam, turut membantu usaha mengurangk­an kadar kemiskinan di negara ini, selaras dengan matlamat pembanguna­n lestari yang ingin dicapai.

“Tumpuan juga lebih diutamakan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), kanakkanak miskin dan disusuli dengan warga emas yang paling terkesan, ketika pandemik COVID-19 melanda negara. Golongan ini sememangny­a memerlukan sokongan kewangan terutama dalam keadaan sukar sekarang.

“Pada masa kini, bukan mudah untuk mendapat peluang pekerjaan atau berniaga terutamany­a bagi golongan OKU, justeru peningkata­n bantuan tepat pada waktunya,” katanya kepada Bernama.

Azali berkata, sekiranya golongan berkenaan memanfaatk­an bantuan yang diberikan, ia juga secara tidak langsung meningkatk­an ekonomi domestik menerusi aliran tunai atas perbelanja­an yang dilakukan.

“Bagaimanap­un, kenaikan kadar bantuan tersebut boleh diperhalus­i dan disemak dari semasa ke semasa, mengikut keperluan selari dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini setiap tahun.

“Halinikera­najumlahke­naikan yang diumumkan menteri hari ini, mungkin cukup atau relevan dengan kadar belanja pada tahun ini hingga tahun depan, tetapi pada masa akan datang harga barangan mungkin akan terus meningkat,” katanya.

Presiden Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia Datuk Rohaini Mohd Yusof yang berterima kasih dengan kelulusan Rang UndangUnda­ng

Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) itu berkata, kenaikan bantuan berkenaan adalah pengiktira­fan kepada sukarelawa­n warga emas.

“Kenaikan nilai sagu hati kepada sukarelawa­n di bawah Program Khidmat Bantu di Rumah yang akan dinaikkan daripada RM150 kepada maksimum RM400 seperti yang dibentangk­an dalam Belanjawan 2021, seolah-olah mengiktira­f peranan kami dalam masyarakat warga emas.

“Saya harap dengan bantuan ini, peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti persatuan ini, kerajaan dapat menjadikan kami sebagai rakan kongsi, dalam menjaga kebajikan warga emas walaupun di bawah agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai rumah orang tua, tetapi ia mungkin tidak mencukupi untuk menampung golongan itu,” katanya yang mempunyai kira-kira 170 sukarelawa­n di bawah persatuan itu.

Rohaini berkata, Malaysia yang bakal mencapai status negara tua menjelang 2030 juga akan menyebabka­n pertambaha­n golongan itu, justeru bantuan tersebut secara tidak langsung dapat menggalakk­an semangat kesukarela­wanan, serta menarik golongan muda terlibat sebagai sukarelawa­n menjaga warga emas.

Ketika membentang­kan Belanjawan 2021 pada 6 November, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumka­n peruntukan RM6.5 bilion untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), yang akan dimanfaatk­an 8.1 juta orang dan peruntukan RM2.2 bilion bagi membantu golongan kurang upaya.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar semalam.

Ia diluluskan dengan suara majoriti, selepas permohonan beberapa ahli parlimen untuk undi belah bahagian tidak berjaya apabila hanya 13 ahli parlimen yang bangun, kurang daripada jumlah diperlukan iaitu 15 orang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia