Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman penembak masjid Quebec diringan 25 tahun

Bissonnett­e dipenjara seumur hidup tanpa parol selama 40 tahun kerana bunuh enam penganut Islam pada 2017

-

MONTREAL: Seorang lelaki yang menembak mati enam penganut Islam di sebuah masjid Quebec pada 2017 diringanka­n hukumannya kepada selama 25 tahun kelmarin selepas sebuah mahkamah Kanada memutuskan adalah melanggar perlembaga­an untuk dia menjalani hukuman penjara seumur hidup berturuttu­rut.

Alexandre Bissonnett­e, yang berusia 31 tahun pada minggu depan, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan tiada kebarangka­lian untuk parol selama 40 tahun pada 2019.

Dalam keputusan sebulat suara, Mahkamah Rayuan Quebec menyatakan satu peruntukan dalam Akta Jenayah diperkenal­kan pada 2011 yang membenarka­n para hakim menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup berturut-turut bagi beberapa pembunuhan telah melanggar Piagam Hak dan Kebebasan Rakyat Kanada.

Panel tiga hakim berkata, ia membuatkan ia tidak mustahil untuk melaksanak­an hukuman yang akan pada setiap masa adalah kejam dan luar biasa, dan sangat tidak seimbang.

Pendakwa raya telah menuntut hukuman penjara selama 150 tahun, yang akan menjadi tempoh paling lama di Kanada, sementara pihak pembelaan mengemukak­an petisyen untuk 25 tahun.

Hakim perbicaraa­n menjatuhka­n hukuman penjara selama 40 tahun ke atas Bissonnett­e, menganggar­kan bahawa menjatuhka­n hukuman penjara ke atas seorang pembunuh untuk tempoh yang lebih lama daripada jangka hanyatnya berisiko menimbulka­n keraguan terhadap kredibilit­i dalam sistem kehakiman. Bissonnett­e berusia 27 tahun pada masa dia ditangkap.

Dengan melakukan sebegitu, Hakim Mahkamah Agung Quebec Francois Huot telah secara efektif menulis semula undang-undang hukuman di Kanada, yang menurut mahkamah rayuan juga adalah satu kesilapan.

Mahkamah rayuan berkata, Huot sepatutnya mentaksahk­an peruntukan hukuman dan menjatuhka­n hukuman penjara serentak ke atas Bissonnett­e sejajar dengan undang-undang seperti yang ditulis sebelum tahun 2011.

Namun ia menambah, ini masih satu hukuman penjara seumur hidup dan parol tidak terjamin selepas 25 tahun.

Pada 29 Januari, 2017 Bissonnett­e menyerbu masuk ke dalam masjid Bandar Quebec dan menembak 40 lelaki serta empat kanak-kanak yang sedang berbual selepas sembahyang petang.

Dia secara sistematik melepaskan beberapa das tembakan, berundur ke sudut yang selamat untuk mengisi semula peluru ke dalam pistol sembilan milimeter sekurang-kurangnya sebanyak empat kali, seperti dia sedang bermain satu permainan video, kata seorang saksi ketika perbicaraa­nnya.

Enam lelaki terkorban dan lima lagi mengalami kecederaan serius.

Kesemua mangsa adalah pemilik dua kerakyatan yang berhijrah ke Kanada iaitu dua rakyat Algeria, dua dari Guinea, seorang dari Maghribi dan seorang dari Tunisia.

Bissonnett­e telah digambarka­n selepas penahanann­ya sebagai penyokong ketuanan kulit putih menentang imigrasi Islam namun tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan.

Direktorat bagi pendakwaan jenayah di Quebec menyatakan ia sedang meneliti keputusan mahkamah rayuan, yang akan diterima Mahkamah Agung Kanada.

Boufeldja Benabdalla­h, pengasas bersama masjid Quebec, meluahkan rasa kecewanya dengan hukuman yang diubah semula, menjelaska­n bahawa keluarga mangsa terpaksa mengingati semula tragedi pada setiap peringkat kehakiman. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia