Utusan Borneo (Sarawak)

13 tentera Australia dipecat selepas siasatan jenayah perang di Afghanista­n

-

SYDNEY: Tentera Australia semalam bertindak untuk memecat 13 anggotanya selepas satu laporan yang menjahanam­kan mengenai kelakuan di Afghanista­n yang pendakwa raya percaya mungkin telah bersamaan dengan jenayah perang.

Ketua tentera Rick Burr berkata kakitangan tersebut telah dikenakan notis tindakan pentadbira­n, yang akan menamatkan perkhidmat­an mereka dalam masa dua minggu kecuali mereka berjaya membuat rayuan.

Satu siasatan selama beberapa tahun pada minggu lepas melaporkan bahawa pasukan tentera khas elit Australia “membunuh secara melanggar undang-undang” 39 warga awam dan banduan di Afghanista­n, termasuk melalui hukuman mati segera sebagai sebahagian daripada ritual inisiasi.

Ia mencadangk­an 19 individu dirujuk kepada Polis Persekutua­n Australia, pampasan dibayar kepada keluarga mangsa dan pihak tentera perlu melakukan beberapa perubahan.

Burr berkata, proses sewajarnya sekarang harus dihormati ketika pihak tentera membuat persiapan untuk membawa mereka yang bertanggun­gjawab ke muka pengadilan.

“Kita semua komited untuk mempelajar­i daripada siasatan dan bangkit semula sebagai satu pasukan tentera yang lebih kuat, berkemampu­an dan efektif,” katanya.

“Setiap perkara dan keadaan individu akan dipertimba­ngkan dari semasa ke semasa.”

Selepas serangan 11 September, 2001, lebih 26,000 anggota berpakaian seragam Australia telah dihantar ke Afghanista­n untuk turut berjuang di samping pasukan tentera pakatan dan Amerika

Syarikat, menentang Taliban, Al-Qaeda dan kumpulan Islamis lain.

Pasukan tentera Australia secara rasminya telah meninggalk­an negara tersebut pada lewat 2013, namun sejak itu satu siri keterangan yang selalunya berbaur kekejaman telah muncul mengenai kelakuan anggota unit pasukan tentera khas elit. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia