Utusan Borneo (Sarawak)

Norihan sedar dan tunjuk perkembang­an positif

-

GEORGE TOWN: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan a/l Tari, 39, yang ditembak semasa bertugas di Pos Sempadan MalaysiaTh­ailand, telah sedar dan mula menunjukka­n perkembang­an positif selepas menjalani pembedahan membuang dua daripada tiga peluru di dalam badannya semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan yang melawat Norihan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), berkata Norihan menunjukka­n reaksi setiap kali beliau bercakap dengannya.

“Saya pergi melawat Norihan di HPP pagi ini (semalam) dan beliau mula menunjukka­n respons yang baik termasuk bercakap dengan saya walaupun masih lemah… tapi semangat dia untuk pulih nampak kuat.

“Saya juga maklumkan kepada Norihan supaya sabar, fokus untuk sihat dan tidak perlu bimbang dengan hal keluargany­a kerana pihak polis memberi jaminan menjaga keselamata­n mereka termasuk isterinya yang bersama saya ketika melawat beliau di ICU,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Katanya, beliau juga dimaklumka­n oleh doktor yang merawat Norihan, pasukan perubatan termasuk pakar sedang membuat penilaian berhubung sebutir lagi peluru berdekatan dengan paru-paru anggota PGA itu yang masih belum dikeluarka­n.

“Sama ada perlu pembedahan susulan untuk keluarkan peluru ketiga itu bergantung pada penilaian pakar-pakar perubatan dan keadaan kesihatan Norihan,” katanya.

Kelmarin, Norihan menjalani pembedahan membuang dua daripada tiga butir peluru di dalam badannya akibat terkena tembakan kumpulan penyeludup dalam insiden berbalas tembak, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 Padang Besar, sempadan MalaysiaTh­ailand di Perlis pada awal pagi Selasa.

Norihan yang sebelum ini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dipindahka­n ke HPP pada Rabu untuk rawatan susulan.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, rakan sepasukan Norihan, Kpl Baharuddin Ramli, 54, maut.

Kedua-duanya yang dinaikkan pangkat Sarjan selepas kejadian, merupakan anggota Batalion 3 atau Senoi Praaq PGA yang berpangkal­an di Perak, dan terlibat dalam operasi pengumpula­n maklumat ketika terserempa­k dengan kira-kira 13 penyeludup, mengakibat­kan berlaku kejadian berbalas tembak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia