Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beradik mengaku tidak salah eksploitas­i wanita Indonesia

-

TELUK INTAN: Dua beradik wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan memperdaga­ngkan enam wanita warga Indonesia berumur antara 22 hingga 40 tahun untuk eksploitas­i paksa kerja dan mengambil pekerja tanpa pas yang sah di Tanjung Malim sejak 11 tahun lepas.

Lie Ying Har, 53, yang didakwa atas dua pertuduhan dan adiknya Lie Ying Ping, 50, yang mempunyai lima pertuduhan mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Ying Har didakwa memperdaga­ngkan seorang wanita bagi maksud eksploitas­i paksa kerja di sebuah rumah di Taman Seri Indah, Tanjung Malim pada 2 November lepas dan pendakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda.

Bagi pertuduhan kedua, Ying Har didakwa mengambil bekerja seorang wanita yang tidak mempunyai pas sah di alamat sama pada pertengaha­n 2009 dan didakwa mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63, yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nadia Zulkefli dan Siti Ruvinna Mohd Rawi manakala kedua-dua beradik itu diwakili peguam Fong Phooi

Nam.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi pertuduhan pertama dan RM5,000 bagi pertuduhan kedua dengan masing-masing seorang penjamin.

Sementara itu, Ying Ping didakwa memperdaga­ngkan empat wanita bagi maksud eksploitas­i paksa kerja di dua kedai di Lot 2, PT 5032 dan Lot 4, PT 5034, Jalan Rumah Rehat, Tanjung Malim, pada 2 November lepas dan kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda.

Norita membenarka­n tertuduh diikat jamin keseluruha­n sebanyak RM24,000 dengan seorang penjamin.

Ying Ping turut didakwa mengambil bekerja seorang wanita yang diperdagan­gkan oleh kakaknya tanpa pas yang sah di sebuah kedai di Lot 2, PT 5032, Jalan Rumah Rehat Tanjung Malim pada 7 November lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan itu, mahkamah membenarka­n dia diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Hakim turut menetapkan 18 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes kedua-dua tertuduh.

Kes berkenaan dikendalik­an di Teluk Intan kerana tiada Mahkamah Sesyen di Tanjung Malim. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Ying Har (dua kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen, Teluk Intan semalam atas tuduhan memperdaga­ngkan enam wanita warga Indonesia berumur antara 22 hingga 40 tahun untuk eksploitas­i paksa kerja dan mengambil pekerja tanpa pas yang sah di Tanjung Malim sejak 11 tahun lepas.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Ying Har (dua kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen, Teluk Intan semalam atas tuduhan memperdaga­ngkan enam wanita warga Indonesia berumur antara 22 hingga 40 tahun untuk eksploitas­i paksa kerja dan mengambil pekerja tanpa pas yang sah di Tanjung Malim sejak 11 tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia