Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Rakyat Malaysia antara empat kes import positif di Singapura

-

KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berada di tangga ke-28 universiti terbaik Asia pada tahun ini, mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya membuat lonjakan secara berterusan bagi tempoh tujuh tahun berturut-turut.

Berdasarka­n laporan Ranking Universiti Asia Quacquarel­li-Symonds (QS) 2021, UPM melonjak lima tangga berbanding kedudukan tangga ke-33 pada tahun lepas, sekali gus meletakkan­nya universiti kedua terbaik di Malaysia, selepas Universiti Malaya (UM) di kedudukan tangga kesembilan.

Merujuk kepada pencapaian itu, Naib Canselor UPM Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata indikator Faculty Staff with PhD dan Inbound Exchange Student dilihat sebagai kekuatan utama UPM dengan pemarkahan 100 peratus, serta indikator Outbound Exchange Student dengan markah 99.99 peratus keseluruha­nnya.

Beliau berkata ini membuktika­n tahap kualiti tinggi pegawai akademik UPM serta keberkesan­an program mobiliti UPM, yang memberikan impak positif dalam mewujudkan jalinan kerjasama strategik dengan institusi antarabang­sa.

“Kenaikan lima tangga adalah sesuatu prestasi yang membanggak­an untuk UPM, kerana persaingan dan prestasi agak memberangs­angkan dari institusi serantau, selain terpaksa menghadapi cabaran baharu dunia iaitu pandemik COVID-19 yang sedikit sebanyak menjejaska­n operasi sektor pendidikan tinggi peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sepuluh universiti tempatan terdiri daripada tujuh universiti awam dan tiga universiti swasta, berada dalam kelompok 110 universiti terbaik Asia berdasarka­n laporan QS itu. — Bernama

SINGAPURA: Kementeria­n Kesihatan Singapura mengesahka­n satu daripada empat kes import COVID-19 yang diumumkan kelmarin membabitka­n seorang lelaki warga Malaysia berusia 24 tahun.

Dilabel sebagai kes 58400, pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia itu dikenakan Notis Duduk Di Rumah (SHN).

Menurut data penuh yang dikeluarka­n malam kelmarin, kementeria­n itu memaklumka­n lelaki berkenaan dan tiga kes import yang lain tidak bergejala (asymptomat­ic) dan dikesan menerusi pengawasan dan saringan proaktif.

Setakat jam12 tengah hari Khamis, republik itu melaporkan lima kes baharu dengan satu kes penularan dalam komuniti, menjadikan jumlah kes kepada 58,195.

Kali terakhir Singapura melaporkan kes dalam komuniti ialah pada 10 November.

Setakat ini, Singapura mengklasif­ikasikan 1,421 kes yang dilaporkan sebagai import, 2,272 kes dalam komuniti dan 54,502 melibatkan penghuni asrama.

Hampir 99 peratus atau 58,104 kes telah sembuh sepenuhnya manakala 43 kes masih dirawat di hospital dengan satu kes berada di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 20 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Sehingga kini, 28 orang meninggal dunia daripada komplikasi akibat COVID19 di republik ini dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia