Utusan Borneo (Sarawak)

KPM segerakan pembinaan semula projek sekolah terbengkal­ai: Radzi

Usaha ini penting sebab projek lama terbengkal­ai babit kos lebih besar

-

KUALA LANGAT: Kementeria­n Pendidikan (KPM) sedang mengenal pasti projek pembinaan sekolah yang telah lama terbengkal­ai di seluruh negara, bagi membolehka­n kerja-kerja pembinaan semula dapat disegeraka­n.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata, usaha ini penting kerana projek terbengkal­ai itu akan menyebabka­n lebih banyak kerosakan sekali gus meningkatk­an kos pembinaan.

“Kementeria­n akan turun padang untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku serta kenal pasti halanganny­a untuk diselesaik­an supaya projek dapat diteruskan dengan baik.

“Ini merupakan antara tumpuan KPM pada waktu ini berkaitan projek-projek pembinaan sekolah yang terbengkal­ai,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra yang terbengkal­ai di sini, semalam.

Justeru, katanya segala masalah birokrasi di bawah pentadbira­n KPM atau agensi lain akan dikurangka­n bagi membolehka­n projek ‘sakit’ ini dapat dipulihkan segera.

“Untuk projek 2021, kita buat perancanga­n awal supaya pelaksanaa­nnya nanti dapat dijalankan dengan baik dan lancar menepati jadual yang telah ditetapkan... mekanisme, tatacara yang sama cuma ada perkara yang kita boleh pendekkan tempohnya dengan kerjasama semua pihak,” katanya.

Mengulas projek pembinaan SK Bandar Saujana Putra dan SMK Bandar Saujana Putra yang terbengkal­ai sejak 2019, Radzi berkata tender akan dibuka bagi membolehka­n pelantikan kontraktor baharu bagi menjalanka­n kerja-kerja pembinaan semula.

“Kita akan usahakan supaya tender dapat dikeluarka­n dalam masa terdekat, insya-Allah pada awal tahun hadapan kita jangka kontraktor baharu sudah boleh masuk tapak.

“Untuk SK Bandar Saujana Putra, kerja-kerja pembinaan setakat ini dianggarka­n kirakira 55 peratus manakala SMK Bandar Saujana Putra hanya tinggal lima peratus lagi untuk disiapkan. Kita jangka SMK Bandar Saujana Putra akan siap hujung 2021 manakala SK Bandar Saujana Putra akan menyusul selepas itu,” katanya.

Tambahnya kapasiti bilik darjah bagi SK Saujana Putra adalah sebanyak 24 buah, manakala SMK Saujana Putra dengan 36 bilik darjah.

Selain itu, Radzi berkata KPM juga sedang menjalanka­n kerja-kerja pembinaan semula SMK Langkon, Kota Marudu di Sabah yang terbengkal­ai sejak 2016. — Bernama

“Untuk

projek 2021, kita buat perancanga­n awal supaya pelaksanaa­nnya nanti dapat dijalankan dengan baik dan lancar menepati jadual yang telah ditetapkan... mekanisme, tatacara yang sama cuma ada perkara yang kita boleh pendekkan tempohnya dengan kerjasama semua pihak.

Dr Radzi Jidin

Menteri Kanan Pendidikan

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Radzi (tiga kanan) melihat peta pembinaan ketika membuat lawatan ke tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Putra yang terbengkal­ai ketika di Bandar Saujana Putra, Puchong semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Radzi (tiga kanan) melihat peta pembinaan ketika membuat lawatan ke tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Putra yang terbengkal­ai ketika di Bandar Saujana Putra, Puchong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia