Utusan Borneo (Sarawak)

APMM usir lebih 300 bot nelayan Indonesia ceroboh perairan Perak

-

LUMUT: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) telah mengusir 363 bot nelayan Indonesia kerana menceroboh perairan negeri Perak sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu hingga kelmarin.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, bagi bulan ini sahaja sebanyak 173 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan Pulau Jarak, dekat sini, berjaya diusir.

Katanya, pada 9 November lalu, Kapal Maritim (KM) Malawali mengusir sembilan bot disusuli 127 bot bagi tempoh 16 hingga 20 November pada jarak kira-kira 23.6 sehingga 25.7 batu nautika Barat Laut, Pulau Jarak.

“Kelmarin KM Rawa pula telah mengusir 37 bot nelayan negara jiran itu di kedudukan 28.8 batu nautika Barat Laut Pulau Jarak.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati kesemua bot yang diusir masing-masing membawa lima hingga lapan kru termasuk tekong dengan peralatan menangkap ikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mohd Zubil berkata, tindakan pengusiran bot nelayan asing itu merupakan usaha untuk mengekang penyebaran pandemik COVID-19 serta membantu Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menurunkan graf kebolehjan­gkitan wabak tersebut dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Aset Maritim Malaysia yang merangkumi kapal, bot pemintas, pesawat udara dan radar akan terus mengawasi dengan ketat sempadan perairan negara melalui peningkata­n rondaan penguatkua­saan serta pengutipan maklumat perisikan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Zubil berkata pihaknya telah menghubung­i rakan sejawatnya di Indonesia dan Konsulat Jeneral Indonesia di Pulau Pinang untuk membantu menangani isu penceroboh­an bot nelayan dan pendatang asing negara itu ke perairan Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia