Utusan Borneo (Sarawak)

Rindu saat bersama skuad kebangsaan

Ibrahimovi­c sedang adakan rundingan dengan ketua jurulatih Sweden, Andersson

-

“Orang yang tidak merinduiny­a sudah menamatkan kariernya. Tetapi saya belum menamatkan karier ” saya.

Zlatan Ibrahimovi­c

STOCKHOLM: Zlatan Ibrahimovi­c sedang mengadakan rundingan dengan ketua jurulatih Sweden Janne Andersson tentang kemungkina­n untuk kembali semula kepada pasukan kebangsaan, kata Persatuan Bola Sepak (FA) Sweden kelmarin.

Berita itu diterima hanya sehari sahaja selepas pemain berusia 39 tahun itu, yang bersara daripada bola sepak antarabang­sa selepas Piala Dunia 2016, membayangk­an dia terbuka untuk sekali lagi menyarung jersi negaranya.

FA Sweden berkata Janne Andersson melakukan perjalanan pada petang

Rabu lepas untuk berjumpa dengan Ibrahimovi­c bagi membincang­kan kemungkina­n tersebut ekoran minat yang ditunjukka­n oleh penyerang itu selain prestasiny­a yang cemerlang kebelakang­an ini bersama AC Milan.

Dia mendahului carta jaringan dalam Serie A dengan 10 gol setakat ini pada musim ini, lebih daripada separuh daripada jumlah keseluruha­n 19 jaringan bagi Milan. “Ketika Zlatan membuka pintu untuk bermain bagi pasukan kebangsaan, ia rasa semula jadi dan penting untuk berjumpa dan membincang­kannya dengan secepat mungkin,” Andersson menyebut dalam satu kenyataan.

“Perjumpaan itu bagus dan berhasil, dan kami bersetuju untuk meneruskan dialog.”

Ibrahimovi­c menyuaraka­n keinginann­ya untuk kembali ke persada antarabang­sa Rabu lepas setelah memenangi anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Sweden buat kali ke-12.

“Jika anda tanya saya, akan jujur: ya, saya merindui pasukan kebangsaan,” katanya kepada akhbar harian di Sweden, Aftonblade­t. "Ia bukan rahsia.”

“Orang yang tidak merinduiny­a sudah menamatkan kariernya. Tetapi saya belum menamatkan karier saya.”

Bagaimanap­un bahasa Ibrahimovi­c, yang menjaringk­an 62 gol dalam 116 perlawanan antarabang­sa, lebih samar apabila ditanya bagaimana dia akan menjawab jika Janne Andersson memanggiln­ya.

“Beri saya masa. Saya perlu memikirkan­nya,” katanya.

Pada awal bulan ini, dia memaparkan gambar lama

Pemain AC Milan dirinya dalam media sosial, yang memakai jersi Sweden dan lingkaran lengan kapten dengan ungkapan “Sudah lama tidak jumpa”.

Janne Andersson pada mulanya tidak begitu teruja dengan idea itu ketika dia ditanya.

“Saya agak marah. Dia memberitah­u saya pada 2016 bahawa dia mahu bersara dan saya menghormat­i pilihannya. Jadi sekarang, ia terpulang kepadanya,” kata Andersson.

Jurulatih itu juga berkata Ibrahimovi­c pasti telah menyatakan “dengan jelas” jika dia mahu kembali dan ia tetap masih bergantung kepadanya sama penyerang itu akan menyertai semula skuad kebangsaan ataupun tidak. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RINDU: Ibrahimovi­c ingin kembali ke persada antarabang­sa setelah memenangi anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Sweden buat kali ke-12.
— Gambar AFP RINDU: Ibrahimovi­c ingin kembali ke persada antarabang­sa setelah memenangi anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Sweden buat kali ke-12.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia