Utusan Borneo (Sarawak)

Neuer sandaran Bayern Munich untuk pertahan kelebihan mata yang tipis

-

BERLIN: Hansi Flick bimbang Bayern Munich kini terlalu bergantung kepada Manuel Neuer ketika juara Eropah itu bersiap sedia untuk mempertaha­nkan kelebihan mereka yang tipis dalam Bundesliga di Stuttgart pada malam ini (Sabtu).

Selepas menyelamat­kan dua cubaan refleks dalam keputusan seri 1-1 pada hujung minggu lepas dengan Werder Bremen, Neuer sekali lagi cemerlang dalam kemenangan 3-1 pada Rabu lepas di tempat sendiri ke atas Salzburg yang menjamin tempat bagi mereka pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.

“Ia adalah sensasi bagaimana dia menepis peluang besar dan menyelamat­kan kami daripada dibolosi gol. Dia ada beberapa perkara untuk dibuat - keterlalua­n bagi saya,” kata Flick.

Neuer, 34, menepis pujian itu selepas dia menyelamat­kan 10 cubaan ketika menentang Salzburg, dan berkata “perkara paling penting adalah untuk menyokong pasukan”.

Namun prestasiny­a telah meletakkan Neuer di dalam senarai pendek FIFA bagi penjaga gol lelaki terbaik.

“Diamempame­rkanpresta­si terbaik dalam hidupnya,” tambah Flick, yang menyaksika­n pasukannya layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara sebagai pemenang kumpulan terjamin pada Rabu lepas setelah mencatatka­n kemenangan ke-15 mereka berturut-turut.

“Apabila penyerang lawan mendekatin­ya, gawang menjadi semakin kecil bagi mereka. Dia mempunyai refleks menakjubka­n. Kita ada seorang penjaga gol kelas dunia di antara tiang gol.”

Bagaimanap­un Bayern bersalah melepaskan bola dengan begitu mudah, seperti apabila kesilapan Leroy Sane menghasilk­an gol saguhati bagi Salzburg.

“Terdapat terlalu banyak kehilangan bola yang tidak perlu, kita perlu mengurangk­an kesilapan kita, ini adalah isu-isu yang saya sentiasa tangani,” rungut Flick.

Ia sudah 13 tahun sejak Bayern tewas di Stuttgart, yang menyaksika­n penjaring terbanyakn­ya Nicolas Gonzalez diketepika­n oleh kecederaan lutut.

Penyerang Bayern, Robert Lewandowsk­i, sudah menjaringk­an 11 gol dalam tujuh perlawanan untuk menjadikan­nya penjaring terbanyak liga, tetapi penyerang Dortmund, Erling Braut Haaland, berada satu mata di belakang dan mempamerka­n prestasi yang hangat.

Dortmund yang menduduki tempat kedua menerima kunjungan Cologne pada malam ini dan Haaland kini sudah menjaringk­an enam gol dalam dua perlawanan terakhirny­a.

Penyerang bintang Norway itu menjaringk­an dua gol ketika menentang Brugge pada Selasa lepas dalam Liga JuaraJuara setelepas menyumbat empat ketika menentang Hertha Berlin dalam liga pada hujung minggu lepas.

Dortmund sudah memenangi enam daripada tujuh perlawanan terakhir mereka dan kesemua empat perlawanan terakhir mereka menentang Cologne. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SANDARAN: Gambar menunjukka­n Neuer menyertai sesi latihan di Munich.
— Gambar AFP SANDARAN: Gambar menunjukka­n Neuer menyertai sesi latihan di Munich.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia