Utusan Borneo (Sarawak)

PENGUATKUA­SAAN DI SEMPADAN TETAP DIPERKETAT

Keadaan sempadan terkawal dan tiada insiden seperti kes penyeludup­an bersenjata setakat ini: Aidi

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Penguatkua­saan di sempadan SarawakKal­imantan tetap diperketat­kan untuk menghadapi sebarang kemungkina­n ancaman terhadap keselamata­n anggota yang bertugas.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, keadaan di sempadan adalah terkawal dan tiada insiden seperti kes penyeludup­an bersenjata setakat ini.

Malah katanya, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Polis Marin mempunyai pasukan khas memantau kegiatan penyeludup­an di sempadan dan perairan negara menerusi Ops Benteng dan Ops Khazanah.

“Bagaimanap­un, kita tidak boleh mengambil ringan perkara yang berlaku di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini dan kita akan terus memastikan anggota-anggota melakukan kawalan sempadan sentiasa bersiap sedia menghadapi apa sahaja ancaman,” katanya pada sidang media, di

sini semalam.

Beliau turut memberitah­u, banyak kes di sempadan negara yang berjaya diselesaik­an seperti penyeludup­an rokok dan minuman keras.

Sementara itu, bercakap mengenai indeks jenayah, Aidi memberitah­u jenayah pecah rumah menunjukka­n peningkata­n pada tahun ini.

“Daripada siasatan yang dijalankan, didapati kebanyakan rumah yang dipecah masuk adalah rumah yang tidak berpenghun­i dan walaupun hanya melibatkan kerugian yang kecil, tetapi ia tetap kes jenayah,” katanya. Susulan itu beliau memberitah­u Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan menumbuhka­n pasukan khas dalam menangani kes jenayah pecah rumah ini terutamany­a di daerah utama seperti Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.

Terdahulu, Aidi menyaksika­n upacara serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak yang baharu antara SAC Mat Zani@Mohd Salahuddin Che Ali dan ACP Zulfikar Mohd Ghazali yang memangku jawatan tersebut sebelum ini.

“Bagaimanap­un, kita tidak boleh mengambil ringan perkara yang berlaku di sempadan Malaysia-Thailand barubaru ini dan kita akan terus memastikan anggota-anggota melakukan kawalan sempadan sentiasa bersiap sedia menghadapi apa sahaja ancaman.

Datuk Aidi Ismail

Pesuruhjay­a Polis Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? SERAH TERIMA TUGAS: Aidi menyaksika­n serah terima tugas di antara Sallahudin (kanan) dengan Zulfikar.
SERAH TERIMA TUGAS: Aidi menyaksika­n serah terima tugas di antara Sallahudin (kanan) dengan Zulfikar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia