Utusan Borneo (Sarawak)

Vokal Mania: Aina Abdul bakal tampil dengan persembaha­n berbeza

-

PROGRAM hiburan secara langsung TV3, Vokal Mania dijadual akan bersiaran seperti biasa malam ini pada jam 9 malam dengan kerjasama rapat antara TV3 dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ekoran daripada kes seorang artis yang disahkan positif wabak COVID-19 minggu lalu, beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah ditambah.

Tindakan ini akan turut dikawal selia oleh pihak berkuasa tersebut demi memutuskan rantaian penularan wabak tersebut disamping menjaga ekonomi anak-anak seni tempatan.

Oleh yang demikian, Aina Abdul bakal tampil dengan sebuah persembaha­n yang berbeza demi menghormat­i situasi tersebut.

Menurut Pengurus Besar, Produksi Hiburan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Mas Ayu Ali, “Pertama sekali kami ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada para artis yang terlibat dengan Muzik Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35), kerana mereka telah menjalani ujian calitan (swab) secara sukarela setelah mendapat tahu tentang berita kesihatan rakan mereka. Kami cukup terharu dengan tindakan mereka, namun kami turut bersimpati kepada rakan mereka yang terpaksa menjalani proses kuarantin di sebuah pusat perubatan kerajaan di Melaka.

“Walau bagaimanap­un, sebagai langkah berjaga-jaga lanjut serta SOP tambahan yang dipersetuj­ui antara TV3 dan MBSA, seluruh warga kerja dan artis SFMM35 akur untuk turut menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari,” kata beliau.

Menurut Mas Ayu lagi, dengan kebenaran MBSA, program Vokal Mania dibenarkan untuk bersiaran seperti biasa dengan tenaga kerja gantian selama dua minggu.

Studio Sri Pentas 2 itu juga telah pun disanitasi secara berkala bagi memastikan keselamata­n kumpulan tenaga kerja baharu itu. Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) biasa yang telah ditetapkan oleh KKM, akan terus dilaksanak­an dengan pantauan berkala dari pihak MBSA.

Mengenai Vokal Mania pula, Idol Aina Abdul akan tampilkan satu kelainan besar dalam persembaha­nnya pada malam ini di mana beliau akan menyanyika­n lagu ‘Balqis’.

Rookie yang akan berdepan dengan Aina adalah Zareef Sein yang akan menyanyika­n lagu ‘Lelaki Ini’ dalam persembaha­n solo.

Untuk persembaha­n Rookie VS Idol, mereka berdua akan mempersemb­ahkan lagu ‘Baldu Biru’ yang pernah dipopulark­an oleh Awie dan Ella.

Format program ini sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (Rookie) akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesiona­l (Idol) dan berpengala­man.

Setiap persembaha­n penyanyi (profesiona­l dan amatur) akan dinilai 100% oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap. Walau bagaimanap­un, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui www.xtra.com. my/vokalmania.

Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70% daripada undian awam, dan 30% daripada penilaian juri tetap.

Kesemua Rookie ini akan dibahagika­n kepada enam episod di mana setiap episod akan memperliha­tkan seramai empat orang Rookie membuat persembaha­n dan berentap dengan keempat-empat Idol secara solo dan duet demi mengumpul mata.

Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 menanti setiap Rookie yang berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarunga­n.

Pada pentas akhir nanti, hanya 1 Idol dan 1 Rookie akan dinobatkan sebagai juara bagi kategori masing-masing dan menangi wang tunai dari hadiah terkumpul bernilai RM80,000.

Saksikan Vokal Mania setiap hari Sabtu, pada jam 9 malam, di TV3.

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3Malaysi­a dan tonton.com.my.

Layari www.xtra.com. my/vokalmania dan laman media sosial TV3Malaysi­a untuk info lanjut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AINA ABDUL
AINA ABDUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia