Utusan Borneo (Sarawak)

Pendekatan moden tingkatkan pertanian

Penamaan semula Jalan Oya kepada Jalan Brother Albinus dihargai bekas pelajar

- Oleh Florence Nervyn

“Ini sangat tepat untuk menghormat­i seorang pendidik hebat yang mengubah kehidupan begitu ramai orang di Sibu khususnya dan Sarawak ” pada umumnya.

SIBU: Penamaan semula Jalan Oya kepada Jalan Brother Albinus untuk menghargai jasa bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart, mendiang Brother Albinus O’Flaherty adalah penghormat­an ke atas seorang pendidik yang hebat.

Bekas Presiden Persatuan Bekas Pelajar Sacred Heart (SHOSA) Senator Robert Lau Hui Yew melahirkan rasa gembira cadangan itu telah diterima sekali gus mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan negeri.

“Ini sangat tepat untuk menghormat­i seorang pendidik hebat yang mengubah kehidupan begitu ramai orang di Sibu khususnya dan Sarawak pada umumnya.

“Brother Albinus mendedikas­ikan hidupnya sejak awal 20-an, meninggalk­an negaranya di Ireland hingga saat mendiang meninggal dunia pada 2013 di Kuching sebagai ahli De La Salle Brothers.

“SMK Sacred Heart Sibu, Brother Albinus berkhidmat hingga bersara pada tahun

Bekas Presiden SHOSA

1987, terletak di sepanjang jalan yang dicadangka­n untuk dinamakan semula. SHOSA telah mengusulka­n agar nama jalan di depan sekolah dinamakan sempena Brother Albinus sejak sekian lamanya.

“Saya sedar penukaran nama jalan, terutama yang sudah lama digunakan tidak mudah dilakukan. Saya yakin penamaan semula bahagian Jalan Oya kepada Jalan Brother Albinus termasuk dalam kategori yang layak,” jelasnya.

Lau berkata, memang ramai pendidik yang hebat di Sarawak tetapi Brother Albinus telah mengabadik­an seluruh hidupnya di negeri asing dan mengubah ramai muridnya menajdi lebih baik sangat jarang berlaku.

“Sepanjang hidupnya mendiang menjalani kehidupan yang sederhana dan rendah hati. Mendiang memberikan contoh terbaik untuk diikuti,” ujarnya ketika dihubungi pemberita berkenaan komen penamaan semula Jalan Oya kepada Jalan Brother Albinus kelmarin.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Hii Chang Kee yang juga bekas pelajar SMK Sacred Heart menyifatka­n ini sebagai momen bersejarah yang sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh komuniti Sacred Heart selama bertahun-tahun sejak pemergiaan mendiang.

“Ini adalah pengiktira­fan oleh kerajaan negeri Sarawak atas sumbangan mendiang Brother Albinus semasa berkhidmat di sini sebagai guru dan pengetua SMK Sacred Heart. Terima kasih kepada SHOSA atas cadangan dan merealisas­ikan detik bersejarah ini,” katanya.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai yang juga bekas pelajar mendiang Brother Albinus berkata, bekas pengetua itu telah memberikan sumbangan besar dalam pendidikan di Sibu terutama di sekolah Sacred Heart yang selalu dikenang oleh bekas pelajar sekolah.

“Melalui penamaan semula jalan ini, namanya dihormati atas sumbangan dan dedikasi kepada Sibu dan Sarawak secara umum.

“Saya berasa bangga sebagai salah seorang bekas pelajar sekolah Sacred Heart di bawah kepimpinan Brother Albinus sebagai pengetua ketika itu.

“Dan kerana pengorbana­nnya, kita menjadi siapa kita sekarang,” ujarnya yang bersekolah di SMK Scared Heart hingga Tingkatan Enam.

Pengetua SMK Sacred Heart David Teo berkata, pengiktira­fan itu sangat sesuai kerana Brother Albinus datang dari negara jauh ke Sarawak untuk menyampaik­an ilmu kepada pelajarpel­ajarnya.

“Mendiang Brother Albinus telah memberikan sumbangan besar dalam pendidikan dan penamaan semula jalan sebagai menghargai jasa dan penghormat­an. Keluargany­a di Ireland semestinya akan sangat bangga dengannya,” katanya.

Bekas Presiden SHOSA, Datuk Felician Teo pula menggambar­kan mendiang Brother Albinus sebagai seorang pendidik yang bersemanga­t dan mendedikas­ikan seluruh hidupnya untuk mendidik satu generasi di seluruh rakyat Sarawak.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting berkata, permohonan menamakan Jalan Oya untuk ditukar menjadi Jalan Brother Albinus oleh SHOSA telah diluluskan pada 15 Oktober.

Sebahagian jalan iaitu bermula dari Jalan Oya (Sibu Specialist Medical Centre) hingga hadapan persimpang­an lalu lintas SMK Sacred Heart (kira-kira satu kilometer) termasuk lapan lorongnya akan dinamakan semula menjadi Jalan Brother Albinus, katanya.

Senator Robert Lau Hui Yew

 ??  ??
 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI
 ??  ?? DAVID TEO
DAVID TEO
 ??  ?? FELICIAN TEO
FELICIAN TEO
 ??  ?? LAU
LAU
 ??  ?? HII
HII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia