Utusan Borneo (Sarawak)

11 SENJATA TIDAK PATUHI PIAWAIAN DIRAMPAS DALAM OPERASI DI LIMBANG

-

LIMBANG: Polis merampas 11 laras senjata api yang sudah diubah bentuk dan tidak mematuhi piawaian keselamata­n ditetapkan dalam operasi di beberapa lokasi di daerah ini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Zainal berkata, kesemua senjata api pelbagai jenis dan bentuk itu dirampas dalam Ops Laras fasa kedua bermula jam 10 pagi hingga 1 petang.

“Rampasan ini dilakukan kerana pemilik asal telah meninggal dunia dan pihak waris tidak bertindak untuk menukar nama pemilikan senjata api berkenaan.

“Rampasan ini dilakukan bagi mengelak senjata api ini disalahgun­akan untuk tujuan yang menyalahi undangunda­ng,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Limbang semalam.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Limbang ASP Mansur Rahman dan pegawaipeg­awai kanan lain.

Abang Zainal berkata, pihaknya mengambil serius mengenai masalah pemilikan senjata tidak sah dari sudut undang-undang.

“Individu yang memiliki senjata api tanpa lesen atau permit sah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 (Akta 206) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau memberitah­u, berdasarka­n semakan awal daripada Pejabat Residen dan Daerah Limbang, sebanyak 1,315 lesen telah dikeluarka­n kepada pemilik/ pemegang senapang patah di Daerah Limbang termasuk di pedalaman.

Dari jumlah tersebut katanya, hanya 620 pemilik yang berjaya dikenal pasti dan pihaknya masih memberi ruang kepada masyarakat dan pemilik senjata api supaya tampil dan menyerahka­n senjata api tersebut kepada stor persenjata­an IPD Limbang untuk tujuan keselamata­n sementara proses mempembaha­rui lesen dilakukan.

Bagi pemilik senjata di pedalaman kata beliau, pihaknya akan menggunaka­n khidmat ketua polis balai di pedalaman untuk berhubung dengan tuai rumah di kawasan tersebut agar datang ke IPD

Limbang untuk menguruska­n permit dan pemilikan jika belum berbuat demikian.

Menurutnya lagi, selepas Ops Laras fasa kedua berakhir pada 30 November ini, pihaknya akan melancarka­n operasi sama fasa ketiga, dengan melakukan tangkapan dan pendakwaan ke atas pesalah yang memiliki senjata api tanpa permit sah.

Mengulas mengenai kes pemilikan senjata api buatan sendiri Abang Zainal menegaskan tiga tangkapan dilakukan tahun ini terhadap individu yang memiliki senjata buatan sendiri dan orang awam perlu menyalurka­n maklumat kepada polis berhubung perkara tersebut untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? RAMPAS: Abang Zainal (tiga kiri), Mansur dan pegawai lain menunjukka­n senjata api yang dirampas pada sidang media, semalam.
RAMPAS: Abang Zainal (tiga kiri), Mansur dan pegawai lain menunjukka­n senjata api yang dirampas pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia