Utusan Borneo (Sarawak)

Ayer Keroh dikenal pasti lokasi wajib singgah pelancong

-

AYER Keroh dikenal pasti sebagai destinasi wajib persinggah­an pengunjung ke Melaka menerusi Kajian Rancangan Kawasan Khas Pelanconga­n yang dilaksanak­an bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata pelbagai usaha dirangka pihaknya bagi memastikan kawasan dalam pentadbira­nnya terus menjadi tumpuan di samping mengekalka­n kebersihan dan keindahan.

Beliau berkata antara usaha yang diambil bagi mencapai sasaran berkenan ialah meningkatk­an kerja-kerja pengindaha­n landskap di samping pelaksanaa­n projek pencahayaa­n bernilai RM500,000 di kawasan sekitar Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), Ayer Keroh serta memastikan kemudahan di situ diselengga­ra dengan baik.

“Apabila kajian itu dilakukan dan terbukti, kita di pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mempelbaga­ikan aktiviti termasuk pada sebelah malam, selain memastikan penginapan, tempat makan bagi kemudahan pelancong mencukupi serta memastikan keadaan di kawasan ini kekal bersih dan indah.

“Kita juga mendapati ramai pelancong lebih gemar untuk datang ke Ayer Keroh bagi menikmati hidangan asam pedas yang sinonim dengan Melaka yang banyak ditawarkan di restoran dalam kawasan berkenaan selain memilih untuk bermalam di kawasan itu untuk mengelakka­n kesesakan di bandar utama,” katanya kepada Bernama di Ayer Keroh, semalam.

Mengulas lanjut, Shadan berkata menerusi Kajian Rancangan Kawasan Khas Pelanconga­n itu, satu Jawatankua­sa Koridor Ayer Keroh turut diwujudkan dengan mengadakan perbincang­an dengan semua operator pelanconga­n untuk mengenal pasti permasalah­an dan menambah baik mutu perkhidmat­an.

Beliau berkata antara usaha lain dilakukan ialah menggiatka­n promosi pelanconga­n ke Zoo Melaka yang merupakan tumpuan utama pengunjung ke Ayer Keroh dengan memperkena­lkan Dinosour World dan Internatio­nal Bird Show dengan kerjasama daripada syarikat swasta pada awal tahun hadapan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INDAH: Pemandanga­n sekitar Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), Ayer Keroh, ketika tinjauan, di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama INDAH: Pemandanga­n sekitar Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), Ayer Keroh, ketika tinjauan, di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia