Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Kerajaan NS peruntuk RM2.683 juta selaras acara pelanconga­n 2021

-

SEREMBAN: Sebanyak RM2.683 juta diperuntuk­kan kerajaan negeri bagi menyelaras acara pelanconga­n di Negeri Sembilan pada tahun hadapan, persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, peruntukan berkenaan adalah bagi membantu sektor pelanconga­n yang terjejas akibat penularan pandemik COVID19 dan ia akan diselarask­an oleh Lembaga Pelanconga­n Negeri Sembilan.

“Ia akan ditentukan berdasarka­n kriteria iaitu melibatkan pelanconga­n berskala kecil, mengurangk­an program melibatkan kumpulan ramai dan mematuhi peraturan dan arahan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa,” katanya ketika sesi Pertanyaan Lisan pada Persidanga­n Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, DUN Negeri Sembilan semalam.

Beliau berkata, demikian bagi menjawab soalan Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar (BN-Bagan Pinang) yang ingin tahu perancanga­n kerajaan negeri bagi acara pelanconga­n di negeri ini pada 2021 jika negara masih berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Aminuddin (PH-Sikamat) juga memaklumka­n bahawa Lembaga Pelanconga­n negeri akan terus meningkatk­an promosi pelanconga­n melalui pelaksanaa­n program-program tertentu bagi meningkatk­an kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara, setelah keadaan COVID-19 reda.

Menjawab soalan tambahan Tun Hairuddin mengenai langkah kerajaan bagi membantu sektor perhotelan dan inap desa sekiranya COVID-19 masih berterusan, menteri besar berkata kerajaan negeri sedang merangka dan akan mengambil tindakan sewajarnya melalui pemberian insentif dan bantuan kepada mereka yang terkesan.

“Ia akan diumumkan pada awal tahun hadapan,” katanya.

Persidanga­n DUN Negeri Sembilan berlangsun­g selama lima hari bermula semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKU BELANJAWAN 2021: Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat (kanan) dan Pegawai Kewangan Negeri Sembilan Datuk Mohd Khidir Majid menunjukka­n buku Belanjawan 2021 Negeri Sembilan pada Persidanga­n Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sembilan di Wisma Negeri, Seremban semalam. Kerajaan Negeri Sembilan telah mengumumka­n penetapan peruntukan sebanyak RM560 juta dalam Belanjawan 2021 Negeri Sembilan yang bertemakan ‘Merangsang Ekonomi Memperkasa Rakyat’.
— Gambar Bernama BUKU BELANJAWAN 2021: Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat (kanan) dan Pegawai Kewangan Negeri Sembilan Datuk Mohd Khidir Majid menunjukka­n buku Belanjawan 2021 Negeri Sembilan pada Persidanga­n Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sembilan di Wisma Negeri, Seremban semalam. Kerajaan Negeri Sembilan telah mengumumka­n penetapan peruntukan sebanyak RM560 juta dalam Belanjawan 2021 Negeri Sembilan yang bertemakan ‘Merangsang Ekonomi Memperkasa Rakyat’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia