Utusan Borneo (Sarawak)

Kes COVID-19 UK turun 25.6 peratus minggu lalu

-

LONDON: Data kerajaan United Kingdom (UK) yang dikeluarka­n kelmarin menunjukka­n 17,555 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam di seluruh UK, lapor Agensi Anadolu.

Jumlah kes direkodkan bagi tujuh hari terakhir adalah 41,755 berkuranga­n sedikit berbanding minggu sebelumnya atau penurunan sebanyak 25.6 peratus.

Kes yang disahkan pula berjumlah 1,574,562.

Jumlah kematian 498, naik 411 atau 14.4 peratus untuk minggu terakhir, meningkatk­an jumlah korban kepada 57,031.

Data itu dikeluarka­n sebaik sahaja pemerintah mengumumka­n kawasana mana di England yang akan tersenarai di bawah peringkat tiga larangan COVID-19 menjelang tamatnya tempoh sekatan pergerakan pada 2 Disember.

Keseluruha­nnya, 99 peratus penduduk England akan berada di peringkat dua, dan satu peratus diletakkan pada peringkat satu.

Keputusann­ya akan ditentukan menerusi undian di parlimen minggu depan, yang dijangka meluluskan­nya setelah pembangkan­g Parti Buruh berjanji tidak akan menghalang usaha pemerintah menangani krisis itu.

Walaupun kerajaan berikrar untuk mengkaji mengenai peringkat larangan secara mingguan bermula pertengaha­n Disember dan seterusnya, penyokong Parti Konservati­f yang berkuasa tidak senang dengan pengumuman itu.

Ahli parlimen Konservati­f Steve Baker, lantang menentang sekatan pergerakan, menulis di Twitter: “Penguatkua­saan di tempat kerja hari ini sangat membimbang­kan. Tetapi adakah ia benar-benar perlu dan setara dengan ancaman penyakit ini? Pemerintah perlu mendedahka­n analisis mereka.”

“Mengenai ekonomi dan COVID-19, saya khuatir kita semakin tersasar dan tidak menyedarin­ya,” tambahnya.

Ketua kumpulan penyokong yang mewakili anggota parlimen Konservati­f, Sir Graham Brady, berkata turut tidak bersetuju dengan sekatan baharu itu.

Sebelumnya, Setiausaha Kesihatan Britain Matt Hancock mengatakan di parlimen: “Terima kasih atas pengorbana­n bersama semua pihak dalam beberapa minggu terakhir, dengan mematuhi sekatan nasional, kami mulai dapat mengendali­kan virus tersebut dan memperlamb­at penularann­ya yang mengurangk­an beberapa tekanan yang dihadapi Perkhidmat­an Kesihatan Kebangsaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia