Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho ada sesuatu untuk dibuktikan

-

Mourinho, pengurus Spurs, ada sesuatu untuk dibuktikan kepada Lampard, yang memenangi dua kejuaraan EPL bersamanya di Stamford Bridge.

Mourinho dan bekas pemain tengah yang menjadi pengurus Chelsea itu sudah empat kali berjumpa bersama pasukan-pasukan yang berlainan.

Lampard memalukan Mourinho ketika pasukannya Derby menyingkir­kan Manchester United, ketika itu diurus oleh Mourinho, dari Piala Liga menerusi penentuan penalti pada 2018.

Selepas dia kembali ke Chelsea sebagai pengurus, Lampard dua kali menewaskan pengurus lamanya, sekarang menggalas tugas di Tottenham, dalam EPL pada musim lepas.

Veteran berusia 57 tahun itu pasti berharap kemenangan dalam Piala Liga ke atas Chelsea pada musim ini menerusi penentuan penalti sudah mengubah keadaan.

Dia tidak pernah tewas dalam tiga perlawanan liga berturutru­rut kepada pengurus atau kelab yang sama.

Mourinho enggan bercakap mengenai kejuaraan ekoran kemenangan 2-0 yang meyakinkan pada minggu lepas di tempat sendiri ke atas Manchester City, yang membawa mereka ke tempat teratas.

“Orang tidak boleh mengharapk­an kami untuk datang ke sini dan selepas satu musim, kami bertarung untuk kejuaraan,” katanya kepada BBC.

“Kami tidak bertarung untuk kejuaraan, kami hanya bertarung untuk memenangi setiap perlawanan. Tetapi kami akan kalah dalam perlawanan, kami akan seri dalam perlawanan.”

Namun, suka ataupun tidak, Spurs juga berpeluang untuk memenangi kejuaraan dan perlu membiasaka­n diri dengan tekanan itu, yang akan meningkat esok (Ahad).

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia