Utusan Borneo (Sarawak)

Maut kemalangan ketika memandu seorang diri

Dua pemandu meninggal dunia dalam kemalangan di lokasi berasingan di Sungai Bidut dan Saratok

- Oleh Michael Ubam dan Kepu Sidi

SIBU: Seorang lelaki maut selepas pikap yang dipandunya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Sungai Bidut tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah malam itu, Irwan Christophe­r Pandong, 41, yang bekerja sebagai pengurus tapak sebuah syarikat elektrikal dan beralamat di Kampung Siol Kandis, Petra Jaya, Kuching meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata ketika kejadian mangsa memandu seorang diri dari arah Bulatan Sungai Bidut menuju ke arah Jambatan Igan.

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa tiba-tiba terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok di tepi jalan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Sibu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat

Tambahnya, polis masih menyiasat kemalangan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu di Saratok, seorang pemandu kereta maut setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 53 Jalan Sarikei/Betong pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Ho Wee Yong, 46, beralamat dari Jalan Stampin Baru, D’Everglades PH3, Kuching.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku pada jam 11.40 pagi.

“Ketika kejadian mangsa yang memandu seorang diri dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Saratok menuju ke Kuching.

“Dipercayai kereta yang dipandu oleh mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan melanggar kon penghadang jalan.

“Impak kemalangan yang kuat dipercayai menyebabka­n kecederaan parah terhadap mangsa dan pegawai perubatan dari Hospital Saratok mengesahka­n mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” kata Mordani dalam kenyataan kepada media, semalam.

Berikutan itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Saratok untuk proses selanjutny­a.

Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa tiba-tiba terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok di tepi jalan.

ACP Stanley Jonathan Ringgit

Ketua Polis Daerah Sibu

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” ujar Mordani.

 ??  ?? MAUT: Mangsa terbaring bersebelah­an pikap selepas melanggar pokok di Jalan Sungai Bidut.
MAUT: Mangsa terbaring bersebelah­an pikap selepas melanggar pokok di Jalan Sungai Bidut.
 ??  ?? KEMALANGAN: Keadaan kemalangan maut yang berlaku di KM53 Jalan Sarikei/Betong, Saratok.
KEMALANGAN: Keadaan kemalangan maut yang berlaku di KM53 Jalan Sarikei/Betong, Saratok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia