Utusan Borneo (Sarawak)

Masih ada yang ingkar SOP, 16 kompaun dikeluarka­n di Sarawak

-

KUCHING: Polis Sarawak mengeluark­an 16 kompaun terhadap individu yang masih ingkar terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kompaun yang dikeluarka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu masing-masing di Kapit tujuh kompaun, Sibu (5), Bau (3) dan Betong (1).

“Manakala Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah mengeluark­an notis amaran lisan dan bertulis sebanyak 139 notis di bawah seliaan Majlis Daerah Marudi (39), Dewan Bandaraya Kuching Utara (33), Majlis Perbandara­n Sibu (24), Majlis Perbandara­n Padawan (20), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (10), Lembaga Pembanguna­n Bintulu (6), Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (5) dan Majlis Daerah Serian (2),” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain itu katanya, sebanyak 1,291 premis telah dipantau iaitu pasar raya (154), restoran (273), kilang (11), bank (111), pejabat kerajaan (42), penjaja (31), pasar tani/awam (55), tempat ibadah (55), tempat riadah (37), tapak pembinaan (23) dan lain-lain (499).

Jelasnya lagi, seramai 589 anggota pematuhan PKPP yang terdiri daripada PDRM (290), Angkatan Tentera Malaysia (36), RELA (123), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (85), Pihak Berkuasa Tempatan (45), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (5) dan lain-lain agensi (5).

“Hari ini (semalam) terdapat tujuh sekatan jalan raya di enam daerah iaitu di Lawas (2), Lundu (1), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1).

“Melalui tujuh sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 966 jumlah kenderaan telah diperiksa,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia