Utusan Borneo (Sarawak)

12 individu ingkar PKPP dikompaun di Sibu, Kapit

-

SIBU: Seramai 12 orang iaitu lima di Sibu dan tujuh di Kapit masing-masing didenda RM1,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata lima individu yang dikompaun adalah pemilik gerai dari tiga kedai kopi di Jalan Upper Lanang dan Jalan Lada kerana tidak memakai pelitup muka semasa Ops Bersepadu dijalankan dari jam 8 pagi hingga 2 petang kelmarin.

“Lima individu yang dikompaun merupakan pemilik gerai yang tidak memakai pelitup muka semasa menyediaka­n makanan di dalam premis kedai kopi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Operasi tersebut diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamata­n Komuniti IPD Sibu DSP Ariffin Bahar.

Seramai 37 anggota terlibat yang terdiri daripada dua polis pegawai kanan, 29 pegawai rendah polis serta enam dari tentera, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

“Dalam operasi sama, seorang wanita juga ditangkap kerana disyaki menjual nombor loteri awam tanpa lesen di sebuah kedai di Jalan Lanang,” katanya.

Katanya, pasukan Bahagian Siasatan Penguatkua­saan Trafik juga mengeluark­an 31 saman ke atas pelbagai kesalahan parkir di kawasan Pasar Mantis dalam operasi sama.

Sementara itu di Kapit, Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian berkata, tujuh orang termasuk pemilik kedai dan orang awam telah dikompaun kerana kesalahan tidak memakai pelitup muka.

“Mereka diambil tindakan semasa operasi penguatkua­saan PKPP di sekitar Pasar Kapit malam tadi (malam kelmarin),” tambahnya.

 ??  ?? PERIKSA: Ariffin (kiri) memeriksa kedai makan semasa operasi dijalankan.
PERIKSA: Ariffin (kiri) memeriksa kedai makan semasa operasi dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia