Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 1,315 kes baharu, empat kematian semalam

-

KUALA LUMPUR: Malaysia semalam mencatatka­n 1,315 kes baharu COVID-19 dengan Sabah terus mencatatka­n kes tertinggi iaitu 476 kes (36.2 peratus) dan diikuti Selangor dengan 266 kes (20.2 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 63,176 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 kini adalah 11,508 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,310 kes adalah penularan COVID-19 dalam negara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi jumlah kes sembuh semalam, sebanyak 1,110 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 51,314 kes.

Beliau berkata, terdapat empat kematian berkaitan COVID-19, kesemuanya dilaporkan di Sabah melibatkan dua lelaki dan dua perempuan, menjadikan jumlah kumulatif kematian dalam negara adalah 354 kes.

Kes kematian itu melibatkan lelaki tempatan berusia 84 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dislipidem­ia dan penyakit mata, manakala seorang lagi lelaki bukan warganegar­a didakwa berumur 130 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran.

Kes kematian ketiga melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bukan warganegar­a berusia empat tahun yang meninggal dunia di Hospital Tawau dan seorang wanita bukan warganegar­a berusia 60 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 118 kes positif COVID19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia