Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diharap kekalkan bantuan dekat di hati rakyat

Penerima manfaat berharap pelbagai inisiatif yang menjaga kebajikan rakyat diteruskan, ditambah ikut situasi semasa

- Oleh Siti Aisyah Narudin, Noorasvill­a Muhamma dan Hamzah Sanudin

KOTA KINABALU: Usaha kerajaan menyediaka­n pelbagai inisiatif untuk rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 amat membantu meringanka­n beban mereka.

Inisiatif seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Program Subsidi Upah (PSU) dan Geran Khas Prihatin (GKP) antara usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihar­a.

Bagi penerima BPN Matzin Musa, 46, bantuan berkenaan digunakan untuk membeli keperluan harian dan perbelanja­an sekolah anak-anak.

Selain itu katanya, BPN adalah satu inisiatif yang dekat di hati rakyat terutama ketika penularan pandemik COVID-19 ini.

“Saya berharap agar kerajaan mengekalka­n bantuan ini dan jumlahnya turut ditambah bersesuaia­n dengan situasi semasa,” katanya.

Sementara itu, Siti Norarbayah Abdullah, 27, berpendapa­t pemberian BPN bukan sahaja meringanka­n bebanan perbelanja­an keluarga terutama keperluan anak.

Malah katanya, ia turut membantu dalam menyediaka­n modal perniagaan yang dijalankan secara kecilkecil­an.

“Dengan adanya BPN, bebanan perbelanja­an keluarga dapat diringanka­n memandangk­an saya seorang suri rumah.

“Bantuan ini saya gunakan untuk membeli keperluan anak-anak dan perbelanja­an barangan dapur serta untuk keperluan diri,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau amat berharap, kerajaan terus menyediaka­n bantuan seumpama itu sehinggala­h keadaan benar-benar pulih daripada COVID-19.

Bagi Rozieanah Nasrun, BPN yang kini memasuki fasa kedua amat wajar dilanjutka­n memandangk­an situasi ekonomi semasa yang masih tidak menentu.

Beliau yang juga penerima BPN bagi kategori B40 berkata, bantuan yang diterima

“Saya berharap agar kerajaan mengekalka­n bantuan ini dan jumlahnya turut ditambah bersesuaia­n dengan situasi ” semasa. “Diharap kerajaan melanjutka­n BPN dan menaikkan jumlah bantuan bagi mereka yang bergaji di bawah RM2,000 ” sebulan.

sebelum ini dimanfaatk­an untuk membeli barangan keperluan harian seperti makanan dan keperluan lain.

Selain itu, beliau juga menyimpan sebahagian wang bantuan itu untuk kegunaan kecemasan sekiranya ada ahli keluarga yang sakit atau ditimpa musibah.

“Saya bersyukur atas keprihatin­an kerajaan yang memperkena­lkan BPN kerana dalam situasi ekonomi semasa, saya sekeluarga bergantung sepenuhnya dengan gaji suami yang tidak sampai RM2,000.

“Diharap kerajaan melanjutka­n BPN dan menaikkan jumlah bantuan bagi mereka yang bergaji di bawah RM2,000 sebulan.

“Ini diyakini dapat meringanka­n beban rakyat yang bergaji rendah,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja hotel Mohd Elfee Muhamma turut melahirkan penghargaa­n atas keprihatin­an kerajaan melanjutka­n PSU bagi membantu golongan pekerja yang terjejas akibat pemotongan atau penguranga­n gaji.

Beliau mulai menerima bantuan itu sejak Mei lalu selepas majikan mengurangk­an gaji pekerja sebanyak 50 peratus bermula April berikutan operasi hotel ditutup

“Dengan adanya BPN, bebanan perbelanja­an keluarga dapat diringanka­n memandangk­an saya seorang suri ” rumah. “Ini adalah salah satu bantuan kerajaan yang sangat melegakan majikan dan pekerja yang terjejas teruk akibat krisis ” COVID-19 ini. “Dengan adanya PSU itu juga, syarikat dapat meneruskan kelangsung­an operasi dan mengelak pembuangan ” pekerja.

sementara bagi mematuhi pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini adalah salah satu bantuan kerajaan yang sangat melegakan majikan dan pekerja yang terjejas teruk akibat krisis COVID-19 ini. Lebihlebih lagi untuk mereka yang terlibat dalam aktiviti pelanconga­n dan perhotelan yang mana sektor ini antara yang paling terkesan akibat pandemik ini.

“Di samping mendapat manfaat bantuan kewangan, para pekerja juga mendapat jaminan yang mereka masih mempunyai pekerjaan dan tidak diberhenti­kan.

“Proses permohonan bantuan ini juga sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

“Justeru, PSU diharap akan dapat diteruskan walaupun secara bersasar selain nilai bantuan juga ditambah mengikut kesesuaian dengan saiz syarikat dan status pekerja,” katanya.

Bagi peniaga seperti Muhammad Shahnon Basir, 38, sejak berlakunya penularan pandemik COVID-19 bermula Mac lalu, perniagaan­nya mengalami penyusutan pendapatan sehingga lebih 50 peratus.

Menurutnya, keadaan lebih buruk lagi apabila bengkel yang diusahakan selama sembilan tahun terpaksa ditutup hampir dua bulan selepas kerajaan melaksanak­an PKP dalam usaha memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.

“Syarikat ini hampir gulung tikar kerana pendapatan bengkel tidak memberangs­angkan, malah terpaksa mengeluark­an dana untuk membayar lima pekerja tetap.

“Mujur kerajaan memperkena­lkan PSU bagi membantu syarikat yang terjejas mengatasi masalah pembayaran gaji pekerja dalam tempoh enam bulan sejak Mei hingga Oktober 2020,” katanya.

Shahnon berkata, langkah kerajaan ini sangat bertepatan dan mampu membantu usahawan bumiputera untuk bertahan walaupun keadaan ekonomi tidak menentu.

“Dengan adanya PSU itu juga, syarikat dapat meneruskan kelangsung­an operasi dan mengelak pembuangan pekerja,” katanya.

 ??  ?? MOHD ELFEE
MOHD ELFEE
 ??  ?? SHAHNON
SHAHNON
 ??  ?? MATZIN
MATZIN
 ??  ?? SITI NORARBAYAH
SITI NORARBAYAH
 ??  ?? ROZIEANAH
ROZIEANAH
 ??  ??
 ??  ?? OPERASI BERTAHAN: Shahnon bersama kakitangan­nya menunggu pelanggan di bengkel.
OPERASI BERTAHAN: Shahnon bersama kakitangan­nya menunggu pelanggan di bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia