Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap rakyat Sarawak akan dapat vaksin COVID-19 seperti dijanjikan KM: Dr Sim

-

KUCHING: Setiap rakyat negeri ini akan mendapat vaksin COVID-19 percuma seperti yang dijanjikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, Ketua Menteri telah menjanjika­n perkara itu dan setiap rakyat negeri ini akan mendapatny­a.

“Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah mengumumka­n Malaysia akan mendapat bekalan vaksin mengikut kelompok.

“Kelompok pertama dijangka tiba pada suku pertama tahun depan dan pada masa yang sama ada banyak vaksin lain yang akan diterima.

“Apa diperlukan, pakar perubatan untuk membimbing kita dan pakar perubatan perlu melihatnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Dialisis Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NFK) Malaysia di sini semalam.

Terdahulu, Dr Sim hadir menyaksika­n penyerahan sumbangan mesin hemodialis­is bernilai RM40,000 daripada OCBC Bank (Malaysia) Berhad kepada Pusat Dialisis NFK Kota Samarahan.

Jumaat lepas, Perdana Menteri berkata vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia, manakala warga asing akan dikenakan caj yang akan ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada masa yang sama, kerajaan menurut Perdana Menteri tidak bercadang untuk mewajibkan pengambila­n vaksin ini dan ia hanya akan diberikan kepada mereka yang bersetuju untuk mengambiln­ya terutama golongan berisiko.

Menurut Muhyiddin, dalam kajian terbaharu syarikat penyelidik­an global berpangkal­an di United Kingdom (UK), YouGov, seramai 82 peratus rakyat Malaysia bersedia untuk divaksinas­i dan beliau berharap jumlah itu kelak akan mencapai 100 peratus.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? SANTUNI: Dr Sim melawat pesakit di Pusat Dialisis NFK di Kuching semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi SANTUNI: Dr Sim melawat pesakit di Pusat Dialisis NFK di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia