Utusan Borneo (Sarawak)

Semua lapisan masyarakat perlu jaga kebersihan sungai

Kerjasama semua pihak akan memastikan sungai dapat terus memberi manfaat kepada penduduk, kata Fatimah

- Oleh Jessica Jawing

Semua perlu memainkan peranan dalam menjaga kebersihan kerana ia adalah sungai kita, kampung kita atau daerah kita. Kita harus mengambil peranan kerana ia adalah tanggungja­wab

” semua.

Dato Sri Fatimah Abdullah

DALAT: Semua lapisan masyarakat khasnya yang tinggal di kawasan tebingan sungai perlu memainkan peranan menjaga kebersihan sungai.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini bukan sahaja untuk menjaga alam sekitar tetapi juga mengelak kehadiran keladi bunting di sungai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, ini termasuk di sepanjang Batang Oya yang perlu sentiasa dijaga kebersihan agar dapat dimanfaatk­an penduduk.

“Usaha menyelesai­kan masalah (keladi bunting) memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, jabatan serta agensi dan penduduk kampung itu sendiri.

“Semua perlu memainkan peranan dalam menjaga kebersihan kerana ia adalah sungai kita, kampung kita atau daerah kita. Kita harus mengambil peranan kerana ia adalah tanggungja­wab semua,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Program Gotong-Royong Perdana Pembersiha­n Keladi Bunting di Batang Oya di Waterfront Dalat di sini, semalam.

Fatimah berkata, program gotong-royong yang diadakan itu merupakan permulaan dan harus ada langkah susulan daripada setiap penduduk yang ada di sepanjang Batang Oya.

Penduduk kata beliau, perlu ada semangat kebersamaa­n dan menyelesai­kan masalah keladi bunting yang berlaku di sungai terbabit.

“Langkah susulan harus diambil selepas ini dan kita berharap nanti ia bukan sa

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

haja untuk kebersihan tebingan sungai tetapi ada usaha untuk melakukan benteng menghalang keladi bunting daripada terus tumbuh di tebingan sungai,” katanya.

Pada majlis sama, Fatimah menyampaik­an sebanyak 27 cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi ADUN Dalat untuk fasa kelima 2020 berjumlah RM831,000.

Katanya, daripada jumlah itu, RM114,000 disampaika­n kepada penerima bagi menjalanka­n aktiviti seperti KIK

Rando dan Pejabat Pendidikan Daerah Dalat.

Manakala, RM43,000 kepada masjid dan surau bagi projek naik taraf dan RM674,000 MRP kepada 10 kampung serta empat projek jawatankua­sa kebajikan Dalat.

“Bagi Program Penambahba­ikan Rumah Miskin Sarawak (MRP-PPRMS), sehingga kini sebanyak 174 rumah telah dibaiki di kawasan Dalat dengan jumlah keseluruha­n RM1.95 juta.

“Antaranya pada 2018 bagi fasa pertama sebanyak 48 rumah, fasa kedua 46 rumah manakala untuk 2019, fasa pertama melibatkan 40 rumah dan fasa kedua juga 40 rumah,” jelasnya.

Fatimah berkata, dengan program sedemikian kerajaan berharap tiada lagi keluarga di negeri ini tinggal dalam keadaan rumah yang sangat daif.

 ??  ?? BERSIHKAN: Fatimah membuang keladi bunting yang dibersihka­n di Batang Oya sempena program tersebut, semalam.
BERSIHKAN: Fatimah membuang keladi bunting yang dibersihka­n di Batang Oya sempena program tersebut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia