Utusan Borneo (Sarawak)

Perancanga­n rapi diperlukan untuk bangun prasarana sekolah: Huang

-

SARIKEI: Perancanga­n rapi diperlukan untuk membangunk­an prasarana sesebuah sekolah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii.

Beliau berkata, sekolah bukan sekadar satu institusi pendidikan tetapi juga pusat untuk melahirkan modal insan berkualiti sebagai pemimpin negara pada masa akan datang.

“Justeru, sejak saya dipilih menggalas tanggungja­wab sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya sentiasa memberi keutamaan dan fokus terhadap pembanguna­n sekolah.

“Pembanguna­n modal insan di sesebuah negara adalah perkara utama kerana kemajuan dari aspek ini telah terbukti mampu membawa pembanguna­n mampan kepada negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pecah bagi projek pembinaan gelanggang serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony di sini, semalam.

Turut hadir ialah Pengetua SMK St Anthony Vincent Liong Shou Chuan, Pengerusi Lembaga Pengurusan

Sekolah Reverend Father James Ting, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK St Anthony Maureen Chua dan Pengerusi Persatuan Alumni Sekolah Eric Ling Hung Leong.

Huang berkata, projek itu membuktika­n kerajaan Sarawak sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik demi memastikan warga sekolah itu menikmati kemudahan yang lengkap dan selesa.

“Kepesatan pembanguna­n yang berlaku di Sarikei pada hari ini adalah bertitik tolak daripada usaha dan kesungguha­n kerajaan Sarawak yang mahu menjadikan kawasan ini sebagai salah satu pusat pertumbuha­n ekonomi di wilayah tengah melalui pelaksanaa­n pelbagai projek pembanguna­n yang bermanfaat kepada rakyat.

“Pelaksanaa­n pelbagai projek pembanguna­n baharu di kawasan ini membuktika­n komitmen padu kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersungguh-sungguh membela nasib rakyat,” tegas Huang lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia