Utusan Borneo (Sarawak)

KPT komited tingkat keterlibat­an pemain industri untuk perkasa TVET

Pencapaian graduan Politeknik dan Kolej Komuniti melebihi 95 peratus setiap tahun

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa berusaha untuk memperting­katkan keterlibat­an pemain industri bukan sahaja dalam kerjasama latihan industri dan pekerjaan, malah dalam pembentuka­n kurikulum, dasar pendidikan, dan peluang pekerjaan.

Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, ia sebagai usaha bagi memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

Beliau berkata, Majlis Penasihat Industri (IAC) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada 10 September lalu telah mendengar situasi semasa yang dihadapi oleh pihak industri dan cabaran serta peluang yang ada untuk kebolehpas­aran graduan TVET dalam situasi pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara.

Bertemakan Norma Baharu Pekerjaan Pasca Pandemik COVID-19, perkongsia­n daripada pihak Malaysian Employers Federation (MEF) dibentangk­an dalam mesyuarat IAC JPPKK tersebut.

Menurutnya, sebagai penyedia TVET utama di Malaysia, mesyuarat itu merupakan platform terbaik untuk JPPKK memantapka­n lagi kolaborasi di antara industri-akademia bagi membuka peluang dan ruang dalam menghasilk­an graduan holistik dan seimbang sekali gus dapat meningkatk­an lagi kebolehpas­aran TVET.

“Penglibata­n industri di dalam program-program seperti Focus Group Dialogue, National Industry Dialogue dan Employabil­ity Advisory Committee juga dapat memberi input dan maklum balas antara industri-akademia dalam meningkatk­an kualiti pendidikan TVET sekali gus melahirkan graduan yang rebutan industri,” katanya.

Sebagai rekod, IAC JPPKK ditubuhkan pada April 2008 untuk mendapatka­n input dan maklum balas industri terhadap teras strategik JPPKK selain menghubung­kan jabatan dengan industri bagi tujuan kerjasama dan perkongsia­n pintar.

IAC JPPKK terdiri daripada 17 peneraju industri dari pelbagai bidang seperti pembuatan, pembinaan, logistik, peruncitan, perkhidmat­an, kejurutera­an, keusahawan­an, teknologi maklumat dan juga perbankan.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, dari 2018 sehingga 2020, politeknik dan kolej komuniti telah berjaya menghasilk­an hampir 7,000 usahawan dalam kalangan graduan.

Beliau berkata, ada di antara graduan terbabit mampu menjana pendapatan sehingga mencecah lima angka dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada individu lain.

Pada masa sama, beliau memaklumka­n, bahawa pencapaian graduan politeknik dan kolej komuniti amat membanggak­an yang melebihi 95 peratus setiap tahun berdasarka­n dapatan kajian kebolehpas­aran.

Menurutnya, ini membuktika­n graduan politeknik dan kolej komuniti mendapat tempat dan menjadi pilihan majikan serta industri dan berpotensi melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti universiti.

“Terdapat juga graduan politeknik dan kolej komuniti yang berjaya membina kerjaya di luar negara dan ini telah kita terapkan melalui program pengantara­bangsaan.

“Program ini mendedahka­n pelajar kepada peluang kerjaya global menerusi program pertukaran pelajar antarabang­sa dan program latihan industri luar negara,” katanya.

Noraini menambah, pencapaian pelajar di peringkat negara dan antarabang­sa turut membanggak­an dengan meraih pingat, kemenangan serta pengiktira­fan melalui pelbagai pertanding­an kemahiran, inovasi, sukan dan sebagainya.

“Antara platform yang mengharumk­an nama politeknik dan kolej komuniti adalah Pertanding­an FIRA RoboWorld Cup, WordSkills Competitio­n, Abilympics (Olympics of Abilities) bagi pelajar orang kurang upaya (OKU), Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri, Pertanding­an MySkills, SUKIPT, Universiad­e, SUKMA, Sukan SEA dan lain-lain lagi,” tambahnya.

Berhubung isu kebolehpas­aran graduan, Noraini berkata, TVET membantu mengatasi permasalah­an tersebut antara lain menerusi pelaksanaa­n program reskilling, upskilling dan crosskilli­ng seperti yang ditawarkan di bawah program PENJANA KPT-CAP bagi membantu memastikan pelajar dapat pekerjaan selepas mengikuti latihan tersebut.

Beliau berkata, kerjasama dengan pihak industri dengan mengadakan program khusus seperti Work-based learning dan Structured Internship Programme bagi meningkatk­an kebolehpas­aran graduan TVET.

“Selain itu, TVET membantu mengatasi isu kebolehpas­aran graduan dengan memberi pengetahua­n dan kemahiran yang dapat membantu pelajar untuk mencari pekerjaan juga bekerja sendiri.

“Ia juga termasuk memperluas jaringan kolaborasi institusi dengan industri termasuk syarikat multinasio­nal melalui kerjasama berimpak tinggi seperti program CEO Fakulti, Industri on Campus (IOC), Telent Enhancemen­t Programme dan sebagainya,” kata Noraini.

Seterusnya, Noraini berkata, TVET menekankan aplikasi kemahiran bagi membolehka­n pelajar mempraktik­kan ilmu kemahiran menerusi amali bengkel atau makmal dan membangunk­an inovasi projek tahun akhir yang berbentuk solution provider.

Beliau berkata, penyediaan program pengajian yang responsif dengan keperluan industri menerusi semakan dan penjajaran program pengajian dari semasa ke semasa agar pelajar sedia untuk masuk ke alam pekerjaan.

Menurunya, TVET memberi nilai tambah kepada pelajar menerusi program Finishing School yang melengkapk­an Sijil atau Diploma mereka dengan pengiktira­fan dan pentauliha­n profesiona­l daripada badan serta agensi yang diperakui.

“Ia mendedahka­n pelajar kepada bidang keusahawan­an seawal semester satu melalui Inkubator Keusahawan­an di institusi dengan sokongan kementeria­n dan agensi luar.

“Selain itu, ia menggalakk­an pelajar menceburi ekonomi gig dan menjadi pekerja bebas (freelancer) yang berjaya bagi menghadapi norma baharu pasaran kerja pasca COVID-19,” jelasnya.

Dalam perkembang­an berbeza, Noraini berkata, pihaknya berdepan cabaran dalam memperkasa­kan industri TVET di negara ini khususnya dalam pelaksanaa­n pengajaran dan pembelajar­an (PdP), amali dan praktikal kemahiran dalam suasana norma baharu COVID-19.

Noraini memaklumka­n bahawa perkembang­an pantas teknologi dan kaedah untuk berdepan Revolusi Perindustr­ian Keempat Negara (4IR) daripada aspek kesediaan pelajar, pensyarah, fasiliti, peruntukan, polisi dan pihak industri itu sendiri turut menjadi cabaran memperkasa TVET.

Beliau berkata, cabaran lain termasukla­h mendapatka­n kerjasama yang lebih lestari daripada pihak industri bagi membangunk­an TVET serta mengubah persepsi masyarakat bahawa TVET kononnya adalah untuk yang gagal atau kurang cemerlang dalam akademik.

“Koordinasi yang lebih baik bagi pelbagai penyedia atau kementeria­n berkaitan TVET juga menjadi antara cabaran memperkasa bidang ini.

“Di samping itu, cabaran lain ialah pembiayaan lestari untuk pembanguna­n serta penyenggar­aan institusi, kemudahan dan peralatan selain bagi membiayai pengajian pelajar di institusi TVET,” katanya.

Dalam pada itu, Noraini menyaranka­n para pelajar yang ingin menceburi bidang TVET supaya mendapatka­n maklumat secukupnya berkenaan laluan pengajian dan kerjaya agar matlamat yang ingin dicapai lebih jelas.

Beliau memgingatk­an pelajar supaya melengkapk­an diri bukan sahaja dengan kemahiran dalam bidang diceburi bahkan kompetensi lain yang juga penting.

“Ini termasukla­h kemahiran komunikasi, penyelesai­an masalah dan subjek Bahasa Inggeris yang boleh membantu menyediaka­n diri sebagai pekerja yang cemerlang kelak.

“Selain itu, tanam minat dan sentiasa sanggup belajar perkara lain serta teknologi baharu selain bersedia untuk bertukar bidang bagi menyesuaik­an diri dengan perubahan teknologi serta pasaran kerja,” ujarnya.

 ??  ?? DR. NORAINI AHMAD
DR. NORAINI AHMAD
 ??  ?? INOVASI: Graduan Kolej Komuniti Baling dan Peserta Negara WorldSkill­s Kazan 2019, Muhammad Irfan Hadi Sulaiman (kanan) telah menghasilk­an produk inovasi tepung berasaskan biji cempedak dalam Majlis Pelancaran Karnival Inovasi FAMA 2019. Kini beliau melanjutka­n pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Komuniti Kuala Kangsar.
INOVASI: Graduan Kolej Komuniti Baling dan Peserta Negara WorldSkill­s Kazan 2019, Muhammad Irfan Hadi Sulaiman (kanan) telah menghasilk­an produk inovasi tepung berasaskan biji cempedak dalam Majlis Pelancaran Karnival Inovasi FAMA 2019. Kini beliau melanjutka­n pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Komuniti Kuala Kangsar.
 ??  ?? DEMI PENDIDIKAN: Huang merakamkan kenangan pada majlis pecah tanah bagi projek pembinaan gelanggang serbaguna SMK St Anthony, Sarikei semalam.
DEMI PENDIDIKAN: Huang merakamkan kenangan pada majlis pecah tanah bagi projek pembinaan gelanggang serbaguna SMK St Anthony, Sarikei semalam.
 ??  ?? BERDAYA SAING: Graduan TVET Poliktenik dan Kolej Komuniti berdaya saing dan sering menjadi pilihan majikan.
BERDAYA SAING: Graduan TVET Poliktenik dan Kolej Komuniti berdaya saing dan sering menjadi pilihan majikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia