Utusan Borneo (Sarawak)

Penamaan semula Jalan Oya akan menyukarka­n penduduk setempat

-

SIBU: Penamaan semula Jalan Oya kepada Jalan Brother Albinus akan menyukarka­n penduduk yang tinggal di sepanjang jalan yang terlibat.

ADUN Bukit Assek Irene Chang berkata, kesukaran yang dihadapi penduduk termasuk terpaksa menukar atau mengemas kini semula alamat kediaman mereka.

“Selain perlu menukar alamat kediaman, mereka juga terpaksa mengemas kini alamat pada surat hak milik tanah, rekod dengan lembaga hasil, insurans dan sebagainya,” ujarnya.

Penukaran nama Jalan Oya bermula dari Sibu Specialist Medical Centre hingga hadapan persimpang­an lalu lintas SMK Sacred Heart telah diluluskan oleh kerajaan negeri pada 15 Oktober lepas.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting ketika mesyuarat penuh bulanan MPS, Rabu lalu.

Chang berpendapa­t, ratarata penduduk tempatan telah mengenali Jalan Oya sejak sekian lama, iaitu jalan terawal di Sibu yang menyimpan banyak kenangan dan sejarah.

“Saya difahamkan jalan ini dinamakan semula sebagai mengenang jasa Brother

Albinus. Namun pada masa sama, saya berpendapa­t mungkin ada cara lain untuk kita mengenang jasanya dan bukannya dengan menukar nama jalan ini.

“Mungkin kita boleh membina tugu peringatan di tempat strategik dengan sedikit keterangan mengenai sumbangan beliau untuk pengetahua­n generasi akan datang.

“Dengan sekadar menukar nama jalan tanpa sebarang keterangan, generasi akan datang mungkin tidak tahu atau mengenali siapa Brother Albinus ini,” jelasnya.

Seorang penduduk Jalan Oya, Tieu Chiong Yii pula membantah keputusan penukaran nama Jalan Oya kepada Jalan Brother Albinus.

Menurut beliau, terdapat banyak cara untuk mengenang jasa seseorang itu selain dengan menukar nama jalan.

“Saya tidak faham mengapa perlunya Jalan Oya ini dinamakan semula dengan Jalan Brother Albinus. Bagi bekas pelajar terutama yang pernah diajar oleh beliau, mereka mungkin gembira dengan penukaran nama ini.

“Namun bagi saya, menukar nama Jalan Oya ini sempena dengan nama bekas pengetua itu adalah tidak perlu,” ujar yang telah tinggal di Jalan Oya lebih 30 tahun.

Tieu memberitah­u, penukaran nama jalan itu hanya menyukarka­n penduduk yang terpaksa menukar alamat kediaman dan juga alamat pada kad pengenalan mereka.

 ??  ?? CHANG
CHANG
 ??  ?? TIEU
TIEU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia